Selamat malam sayang. Nada seperti lagu faizal tahir.
Sebab jurnal ini dicatat pada malam cenggini. Maka bebahasa berbahasi mengucapkan selamat malam dulu kepada semuanya.
Hai. Ia bukan kata tanda saya peminat faizal tahir pulak. Tidak lah gemar.
Kesemuanya dalam program mentor itu tidak saya suka. Apa lagi kesemuanya penyanyi nya. Sudah tidak berupa molek dan entah lah perjuangan dan jalan hidup bagaimana yang remaja sekarang mahu. Pada pandangan saya biarlah saya buta seni atau buta muzik atau apa. Sebab semua itu pada pandangan mata saya program macam itu adalah huduh dan tidak molek.
Melihat atuk-atuk nenek mak pak bertudung pula menyokong si anak menyanyi melalak saya pun rasa pelik. Dunia memang sudah hujung-hujung usia. Ada mak pak macam itu zaman ini bersepah-sepah.
........
Baik dengar lagu asma ul husna lagi sedap. Lagu zikir jugak sedap. Rawat hati dan minda.
Ish. Tengok? Sudah beleter pasal program mentor pulak.
Inilah dia negara islam. Ye dak? Musabaqah quran jika menang tempat pertama rm15000, tapi kalau program mentor buleh dapat rm200,000 kongsi mentor sama mentee. Ha kau? Dasyatnya.
Pilihlah. Antara jalan menuju Tuhan. Dan Jalan menuju Iblis.
Ada orang pilih jalan menuju iblis. Dia rasa duit dia halal.
..........
Puan ibu mertua saya kata: kalau anak dia lagu tu, hulur duit beribu-ribu sebulan-sebulan pun dia tidak akan kepingin mahu ambil.
Biarlah tidak kaya, kalau anak dia Cuma tukang sapu, bagi lah duit pada dia rm 10 pun. Akan dia ambil. Sebab anaknya bekerja halal dan duit datang dari sumber bersih.
Betul tu mak.
Saya setuju.
...........
Ini belum lagi dapat ulasan dari encik ayah di kampung. Tak dan encik ayah nak bawa keluar hadis, saya akan setuju dan menyokong saja.
..........
Puan-puan dan tuan-tuan.
Naseb baik encik ayah dan puan emak kita bukan orang jenis rockers.bab agama tidak terbuang. Alhamdulillah. Bersyukur banyak.
p/s: semoga Tuhan sentiasa memberi hidayah pada kita dan pada semuanya. Melembutkan hati kita mendekati agama. Dan minta maaf pada yang dok gemar program mentor la projek pop la. Ia memang mencerminkan mentaliti melayu yang rapuh masa depan.

0 comments :
Post a Comment