...sekolah kehidupan..

Monday, July 2, 2012

Dahaga benda lagha

Selamat malam. Hai Julai yang sebok dan bermacam perkara.

Semua perlu di kejar-kejar. Betul?

....

Dua hari lepas johor bahru menjadi sebok tak menahan. Jalan raya macam tak boleh nak di lalu dengan senang hati. Jalan menjadi sesak. Saya pun pelik dengan manusia yang ada di sekitar sini. Ada jom heboh.

Maka berduyun-duyun lah manusia yang sukakan hiburan dan lagha berkunjung pi sana.

Sebab rumah emmang tengah-tengah bandar. Malah berdekatan sangat dengan plaza angsana yang menajdi tempat berkumpul si jom heboh itu. Jalan nak balik mai rumah mak sesak Allah Taala saja yang tahu. Maka. Saya dan encik suami terpaksa lalu ikut jalan jauh. Masuk hiway pasir Gudang sana nu kalau nak balik. Rasa macam jauh sangat. Padahal masa normal dari rumah saya ke rumah puan ibu mertua Cuma lima minit.


Tengok? Dan jadi tiga puluh minit.

Bazir masa.

.....

Melihat tingkah orang. Yang saya pelik. Buleh bawak anak-anak kecik pi melahu kat tapak jom heboh tu. Anak-anak kecik boleh saya definisikan umur bayi pun ada. Umur setahun dua pun ada. Pendek kata budak kecik. Pagi-pagi saya keluar ke kelas tuisyen jam lapan. Dia anak beranak sudah berjalan kaki melintas jalan menolak stroller bayi ke sana. Tengok? Kereta parking jauh-jauh sikit sebab nak balik nanti sudah sesak.

Masuk jam ketengahari, maka lagi berduyun manusia pi sana. Dalam panas terik tu saya terfikir jugak. Anak dia tak panas kah? Dan sampai bila mahu melepak dalam plaza angsana? Adakah dari pagi sampai petang?

Maka. Saya buat kesimpulan. Isi kerja bodo.

Pada malam sabtu. Saya dan encik suami balik dari rumah mak sudah lewat. Jam sebelas setengah malam. Pun ada jugak stok mak mak dok sorong stroller anak kecik lintas flyover angsana. Keluar dari tapak jom heboh lah gamaknya. Sudah habis program berhibur maka baru boleh balik.


Tengok?

Bawak anak kecik yang tak reti apa itu memenuhi hajat hati mahu pergi berlagha-lagha.

Saya tak tau lah depa mai dari mana. Orang felda turun ka. Orang mana ka. Entah lah. Ramai benar bawak anak kecik.


Kesiannya kat mak pak macam ni.

.....

Bila malam tadi puan ibu mertua suruh buka dalam tv tengok apa yang seronok sangat jom heboh itu. Maka saya pun petik lah. [ewah. Guna ayat petik untuk menggambarkan menekan remote control tv]


Lalu. Bila Puan ibu mertua tengok orang-orang yang buat show itu, beliau kata. "kesiannya budak-budak ini, pergi jom heboh yang bersesak Cuma mahu tengok makcik-makcik menyanyi."

"makcik ramlah , makcik ella..sudah tua"

"Hurm. Orang-orang itu

dahaga benda lagha"

Saya tengok banyak remaja.


Maka. Saya buat kesimpulan sohih anak murid saya juga bersepah. Sebab dekat sangat dengan kawasan Uda tempat saya.


.....

Saya tengok retis-retis yang buat show. Hurm. Huduh-huduh belaka semuanya. Dan nyanyi apa satu tidak sedap masuk telinga. Maka. Saya buat kesimpulan lagi. Semua ini adalah sampah.

Alih tv lain. Tengok cerita perang di Vietnam.


Bosan jugak. Terus pergi tidur.


p/s: mari berdoa supaya kita terhindar dari orang yang suka berhasad dengki. Supaya Allah sentiasa memberi ruang membenarkan kita.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?