...sekolah kehidupan..

Wednesday, July 4, 2012

Sekiranya kita pelanduk

Selamat malam. Sudah lama tidak ucap selamat pagi atau tengahari. Asyik ucap selamat malam. Sebab waktu siang tidak sempa mahu menulis apa.

Baik. Semoga malam anda sejuk. Udara di Johor Bahru malam ini sejuk. Sebab siang tadi ada hujan renyai.

Ini bukan cerita pasal cuaca.

.....
Pada saya begini.

Jika kita memudahkan kerja orang, maka Tuhan akan sentiasa memudahkan kerja kita.

Bila kita menolong mempermudahkan kerja orang, jangan harapkan balasan orang akan sentiasa mengenang kita tapi buat lah semata Allah Taala. Confirm Allah akan sentiasa ada melapangkan hati dan kerja kita untuk suatu masa yang kadang-kadang kita tak sangka.

Ye dak?

Bersangka baik pada Tuhan. Tidak lah rugi.Ini adalah muhasabah diri

......


Baik lah,

Sekiranya kita pelanduk, jangan lah berharap nak berak sebesar taik gajah. Tengok gajah berak besar, awak yang si pelanduk ni nak teran berak jugak bagi besar macam gajah.

Sudahnya bontot pecah berdarah sakit sebab berak taik besar tak kena tuan. Mahu melawan taik gajah.

Kesimpulannya adalah ukur baju di badan sendiri dalam apa juga hal. Besar periuk besarlah keraknya. Ye dak?


Pagi tadi yang mendengar tazkirah Ustaz Zahazan. Katanya:

Berkawanlah dengan orang yang susah supaya kita akan sentiasa berasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

Jangan lah kita selalu berdamping dengan orang kaya kelak kita akan sentiasa berasa tidak cukup dan tidak rasa bersyukur dengan apa yang kita ada.


Tamat. Motivasi diri.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?