...sekolah kehidupan..

Sunday, July 8, 2012

Almond Nougat dan kisah bertimpa

Selamat ber ahad dirumah dan dimana-mana pun anda berhari minggu.

....

Mahukan sesuatu.

Pagi-pagi saya mesej kawan saya yang sedang berkhidmat di Langkawi. Saya mahukan sesuatu daripada dia. Saya craving mahukan candy. Candy yang pernah jadi kegemaran saya dan dia masa sama-sama berkhidmat di sana. Yang candy itu selalu ada dalam peti sejuk comel di rumah sewa.

Candy bernama ini: almond nougat.

Rupa dia begini.


Keras dan ada almond.

kredit to google. saya cari dia. ada di google.

Sedap. Dan agak mencabar. Siapa yang khuatir gigi patah jangan makan. Ini satu amaran.

Ah. Sampai bawak dalam mimpi. Saya boleh pi mimpi candy ini. mencari dia merata-rata tapi tak ada. Bila celik mata. Cuma teringat kawan saya. Cuma dia boleh bantu saya. jadi saya mesej dia awal-awal pagi buta.

Dan dia akan mengepos pada saya isnin esoknya. Ah. Bahagia. Boleh kunyah dia. Walaupun candy itu agak keras. Tapi ada rangup di hujung.

Mula-mula saya hampir lupa apa nama dia. Cuma mesej ini:

"najat, saya mimpi mencari coklat nougat yang kita selalu makan"

Dan dia willing mahu sediakan untuk saya. ah. Terima kaseh kawan. Akan. Saya balas sesuatu untuk dia nanti. InsyaAllah.

Dalam mimpi mencari candy nougat itu, saya mimpi makan creamy puff juga. ah. Sudah lama menginginkan dia. Tunggu kawan sekolah juga membawanya untuk saya. sudah saya tempah lama.

Ish. gila.

.....

Selalu bertimpa-timpa.

Semasa hari jumaat lalu. Saya mendengari berita sedih.

Rasa sedih bila dalam kita sudah ada zuriat kecil adalah berbeza. Ia satu perasaan yang halus. Naluri ibu mula ada. Dan mudah pulak merembes air mata keluar.

Selalunya saya lah orang itu. bila terima berita. Ia adalah berita yang bertimpa-timpa yang saya terima.

Mari saya memberi contoh pada anda:

Maksud saya asyik terima berita yang sama. Jika hari itu saya mendapat berita kemalangan. Maka. dalam masa hari itu di sana-sini saya mendapat dan melihat berita yang sama. Samada di depan mata. Kemudian. Terlihat kemalangan yang lain pulak di tv. Atau berita lagi di surat khabar.

Maka. berita itu bertimpa-timpa.

Ah. Boleh menekan rasa.

....

Berbalik pada Jumaat lalu.

Kawan setugas di sekolah saya telah kematian anaknya di dalam kandungan. Usia anak sudah tujuh bulan. Sudah merasa anak menendang perut dan gerakan lain. Tiba-tiba anak itu meninggal. MasyaAllah, perancangan Allah tiada siapa yang lebih tahu.

Saya sebak sangat. Ujian Tuhan bagi, kita macam tak boleh sangka.

Kemudian.

Masa di bilik guru. Ada lagi kawan saya yang turut mengandung seperti saya. Anak yang dikandung kata doktor tidak dapat pula di kesan degupan jantungnya. Maka doktor memberi masa tiga minggu. Jika tiada degupan jantung juga, maka kandngan itu terpaksa dicuci.

Ah. Rasa sayat hati saya berborak seperti ini.

Kemudian. Balik sekolah.

Saya buka laman muka buku saya.

Terlihat berita oleh rakan sekolah menengah saya. baru juga kematian anak. Di dalam kandungan juga. Usia anak enam bulan. Ada masalah tali pusat katanya.

masyaAllah.

Lihat? Ia bertimpa-timpa.

Saya menangis.

Sedang benda sudah ada, kita merasa gerak gerinya dalam rahim kita, kita menjadi berharap ianya sentiasa ada. Bila ia tidak ada, maka sudah tentu kita terasa kecewa.

Rencana Allah tiada siapa tahu. Cuma kita perlu sentiasa bersangka baik pada Tuhan. Semuanya dalam percaturannya adalah yang terbaik pada kita dariNYA. Tuhan tidak sesekali akan menganiaya kita.


Subhanallah.

Saya berharap jika terbaik buat DIA. Terbaiklah buat saya dan keluarga. Maka. saya Cuma boleh berdoa.


0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?