...sekolah kehidupan..

Friday, September 7, 2012

Semakin berat

Salamun alaik.

Esok sabtu. Saya bersekolah ganti. Ganti cuti hari raya yang kementerian sudah bagi cuti awal pada khamis dan jumaat dulu. Tidak apalah. Saya tidak berapa kesah semua itu. Cuti, cuti ajalah. Ganti, gantikan sajalah. Ye dak? Ia perkara biasa dalam perkhidmatan.


Berhenti. Ia bukan cerita pasal kesah ganti cuti.

........

Saya sebok?

Asyik turun naik Kuala Lumpur. Usai cuti raya puasa, seminggu selepas itu semasa cuti merdeka, turun Kuala Lumpur, sepupu encik suami bernikah. Dan minggu depan cuti pada senin sempena hari Malaysia turun kuala lumpur semula kenduri kendara pulak yang bernikah tadi.

Penat sebab duduk dalam kereta saja. Macam itu saja boleh buat letih badan tiga empat kali ganda. Maklumlah terasa lelah duduk da;am kereta masa balik beraya ke utara masih dok rasa. Jemunya berada atas jalanraya sambil memandu secara lama-lama.

Itu cerita sebok kena turun naik kuala lumpur.Biasalah ukhwah. Nak kena ikat dan perkemas juga. Ye dak?

.....

Saya menjadi semakin berat. Ish. Saya sudah mula makan secara mahu sekarang. Hurm.

Menjadikan saya terlebih ambil karbohidrat. Nurse sudah mula memberi ceramah pada saya tentang kawalan berat semasa berbadan dua.Tidaklah banyak. Cuma terlebih dua kilo. Patut naik satu setengah kilo sahaja. Maka. Saya tersasar pulak.

Baiklah nurse. Saya ikut.

Terima kaseh banyak.

.......

p/s: anak. Sekali sekala awak tendang perut ibu. Ke sana kemari mungkin mencari keselesaan sendiri. Tidak lah saya tahu yang mengenai perut itu kaki awak kah. Tangan awak lah. Siku awak kah. Tapi. Yang saya tahu, awak ada. Sudah cukup beralhamdulillah.

1 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

sepanjang syawal nih..... macam2 xtvt.... org kawen la... bertunang la.... qiqah la..... lepas tu plak ada kenduri org nak naik haji la....

penuh sungguh.... huhuhu


iman dan ulam..begitu dasyat kah?