Rasa penat lelah kasih sayang untuk anak didik sampai berair mata.
Guru umpama emak.
Yang sentiasa memberi bekal makan pada anak.
Sebab bila tahu anak nak berjalan jauh.
Risau dan takut anak lapar di tengah jalan.
Atau takut anak berasa susah ditengah jalan tak ada bekal makanan yang dibawa.
Guru umpama emak.
Yang sedaya upaya siapkan ubat pada anak.
Kalau nanti sakitnya begini.
Gunalah ubat ini. dan gunalah ubat itu.
Yang mak sudah sedia.
Sebab mak sentiasa tahu.
Kadang-kadang,
Kesihatan anak tidak menentu.
Guru umpama emak.
Yang sentiasa melengkapi bahan keperluan anak.
Sebab mak sentiasa dan sentiasa tahu.
Anak dia perluukan apa dan perlukan apa.
Saat orang lain tak tahu.
Mak akan sentiasa tahu dulu.
Sebab itu sentiasa sediakan anak dengan segala keperluan.
Tapi.
Apa rasa guru yang ibarat emak.
Bila bekal yang dia bagi.
Bekal yang dia buat dan berpesan-pesan suruh anak bawak.
Langsung anak tak tengok dan ambil bawak.
Lalu.
Di pertengahan jalan anak lapar sendiri.
Dan merosakkan diri.
Apa rasa guru yang ibarat emak.
Bila ubat yang dia bagi pada anak.
Yang menyembuhkan itu di tinggal.
Malah tengok pun tidak.
Lalu.
Di pertengahan jalan anak sakit.
Dan menderita sendiri.
Apa rasa guru yang ibarat emak.
Bila segala keperluan yang memang sudah menjadi wajib pada anak.
Ditinggal-tinggal dan tengok pun tak.
Lalu.
Dipertengahan jalan anak tak cukup keperluan.
Dan meraba-raba mencari bahan yang dia tinggal.
Dan terpaksa berputih mata menyesal.
Setiap kali anak-anak didik mahu menghadapi peperriksaan. Setiap daripada guru penuh menyediakan bekal ilmu. Memberi latihan dan ulangkaji. Sentuhan terakhir yang bermakna. Kelak dia tahu anak didiknya akan tercari-cari bekal sempurna untuyk di persembahkan dalam peperiksaan.
Tapi. sayangnya, bekal ilmu yang diberi secara berpenat lelah. Membuang semua rasa letih dan berkorban masa. Anak didik kadangkala tengok pun tidak.
Bila masuk dalam peperiksaan, apa yang diajar terbentang depan mata. Semua tak reti jawab. Masa tu mula teringat bekal yang cikgu bagi. Tidak kah rasa menyesal?
ibaratnya:jika ilmu itu makanan lazat dan sedap yang disukai semua orang.
emak sudah suap sampai masuk kedalam mulut awak.
emak suruh awak kunyah dan telan supaya awak kenyang dan tidak lapar.
tapi awak suka luahkan semuanya.
sudahnya awak lapar sendirian.
Pokok pangkal adalah hati. Kalau hati hendak, semuanya jadi. Cikgu kepalang ajar.
Rasa penat lelah kasih sayang untuk anak didik sampai berair mata. melihat kadar usaha anak didik yang maseh berleka-leka.
Dedikasi untuk calon pelajar SPM saya.

0 comments :
Post a Comment