...sekolah kehidupan..

Wednesday, September 19, 2012

sedang berjenuh-jenuh

hey! iman menulis sesuatu hari ini..

sedang sebok.
menyiapkan bahan untuk di saji dan diperdengarkan.
dan dibantu oleh sang setia.
yang sudi menyokong semua kerjaya dan minat saya.

dan sedang bersakit belikat.
tidak selesa bangun dan tidur.
tanda anak sudah besar dan mulai berat.

dan sang emak dengan pelajaran
juga sedang berjenuh-jenuh kerja.
mengejar kesemuanya agar satu tidak keciciran.
dan mengharap sempurna yang boleh.

mempermudahkan kerja orang kelak kerja kita tanpa disangka dipermudahkan Tuhan pula.
begitulah hidup.

dan juga sang emak berharap.
ada kepuasan dan nikmat dihujung kerja.
untuk menidakkan mata-mata sinis melingkar cemburu kejayaan kita.

ia adalah semata usaha.
kita snediri mahu bagaimana.

jika anda berada di zon selesa.
tidak mahu mencuba dan mencuba.
anda akan ditahap-tahap itu juga.

jadi lebih rela saya
berfikiran baik dan positif sepanjang rasa dan masa.
mahu mencuba dan mengetahui ilmu banyak di depan mata.
jangan pula kita menjadi tidak pernah mencuba
kelak kita tidak pernah tahu apa yang lebih nya.

jadi,
bila orang lain berjaya.
kita kena juga berjaya seperti dia.
bukan kita duduk saja.
bila tengok orang berjaya
kita mencebik muka.

ah. ramai didunia ini begitu.
tidak mahu pernah mencuba.
suka terbenam macam badak dalam lumpur.
tanda badan gemuk otak penuh selut.
lama dan berkarat.
tidak mahu pula bergerak cergas membasuh badan dan menjadi segar bugar.

rela dia terbenam saja sedang tenaga maseh muda.
ah.


titik.


anak,
semoga Tuhan mempermudahkan hidup kita kesemuanya.
juga untuk sang ayah yang tidak pernah alpa, membantu awak dan saya.
menjadi semangat dan baik-baik saja!

amin.

2 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

setiap saat ...jgn lupa berdoa.... bersyukur pada ALLAH... semuanye ALLAH yang punya....

pensil iman said...

ya pokcik...tq ya...


iman dan ulam..begitu dasyat kah?