...sekolah kehidupan..

Monday, September 10, 2012

Cikgu kena pujuk 2

adalah sambungan disini: sila klik.

Mengikut prosedur dalam pendidikan sekolah adalah begini:

jika ponteng pelajar adalah secara berkala [maknanya tidak berturut-turut] maksud yang lagi faham adalah sat mai sekolah sat tak mai sekolah. suka hati pak dia tak mai sekolah tanpa sebarang kenyataan samada cuti sakit atau surat daripada makpak.

Cukup saja enam puluh hari maka akan dibuang sekolah.

Jika cukup sepuluh hari amaran satu.

Jika cukup dua puluh hari amaran kedua.

Jika cukup empat puluh hari amaran terakhir.

Dan jika cukup 60 hari. Maka boleh blah. Dibuang sekolah.

....


Bermula awal tahun sebagai guru kelas, sohih kita mengambil berat terhadap anak didik yang perlu dijaga. Bila bunga-bunga ponteng itu sudah ada, sohih kita sedaya upaya memujuk dan menyelidik masalah pelajar. Apa kena tak mau mai sekolah? sedangkan dia calon SPM sekolah.

...

Masa hari terbuka. Lantas saya mengadu pada mak si budak berkenaan. Tentang seriusnya ponteng anak. Mak boleh cakap ini:

"itu lah cikgu, saya tidak tahu dah nak buat macamana dengan dia"

"hari-hari dia ponteng pun dia ada dirumah. Tidur dan tak mau bangun pagi"

"dia ada dengan saya"

Saya kata: jadi?

Jika dia ada dengan puan dan tidak merayau, adakah itu bermakna tidak salah?

Mak dia terdiam.

[jadi saya buat kesimpulan mak pak la ni kalau anak tak pi sekolah tanpa alasan adalah tidak salah SEBAB tidak merayau dan melepak di rumah macam badak sumbu dok terbenam dalam lumpur. Tak boleh bangun. Lena dan tidur kemalasan]

.....

Belum lagi kesah seorang mak yang saya talipon bagitahu kelakuan ponteng anak. Boleh dia bagitahu saya ini:

"cikgu, cikgu tanya lah dia sendiri samada dia nak sekolah atau tak?"

Saya kata: 'ai..saya pulak? Saya kah mak dia?"

Nah! mak jenis cenggini pun ada. keputusan di tangan anak untuk hal nak sekolah atau tidak. dan minta cikgu tolong tanya sebab tak larat urus masalah anak.

....

Baik. Anak-anak murid saya bukanlah anak-anak yang miskin semuanya. Kebanyakkannya datang dari keluarga berada. Jika sudah si emak ada dua petronas mahu diurus. Dan si bapak ada dua petronas juga mahu diurus.

Boleh baca berapa income keduanya? Dengan menanggung anak-anak yang tiga orang contohnya. Saya rasa tidak habis makan mungkin.

Tapi. si anak yang sedang mahu SPM ini tidak mahu ke sekolah Cuma mahu melepak di rumah. Bangun pagi yang malas. dan tidak pula boleh di ajak-ajak oleh si emak dan si bapak untuk menjadi mahu-mahu ke sekolah.

Jika dalam satu minggu sekolah. tiga hari ponteng. Dan dua hari saja sekolah. kadang empat hari ponteng satu hari sekolah. maka berapa ilmu dia buleh dapat?

Akhirnya dapat surat buang sekolah.

Tapi. bila sudah kena buang. Kalut pulak dia meredah jalan ke sekolah. sibuk surat amaran ponteng berterabur mahu tunjuk pada Pejabat Pelajaran supaya dipertimbang supaya dimasukkan ke sekolah semula.

Datang ambil periksa dengan hati dan otak yang kosong. Merosak gred akademik saja orang sebegini. Lebih baik jangan datang ambil. Orang yang tak ada objektif hidup.

......

Bila sudah di beritahu anda sudah dibuang sekolah. mula mencari alasan surat amaran tidak sampai lah apalah. Tidak apa. Cikgu-cikgu dan pihak pengurusan boleh bagi sebemban salinan surat ponteng anda itu.

Kemudian. Bila ditanya kenapa talipon tidak terjawab bila menalipon mak pak dia? Bertalu-talu dan berkali-kali.

Katanya: "jika nombor talipon yang mak pak tak kenali, tidak akan di jawab"

Okay. jadi macamana saya mahu memberitahu kelakuan awak di sekolah? dan macamana saya mahu memberitahu kadar ponteng awak?

Katanya:....dia diam dan tunduk.

Saya smash dia: "mak hang masa hari terbuka kemain dia baagi nombor talipon tangan dia kat saya suh report kelakuan hang di sekolah. alih-alih tak jawab langsung"

Penolong kanan saya kata: "mungkin takut orang kutip hutang sebab ya lah. kaya bebenor mak pak dia ha..."

Hurmmm.

Bila ditegur-tegur guru terus di sentap. Maklum lah mak pak educated yang reti sangat mendidik anak sampai jadi bagus macam ini.....


Bersambung.

1 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

pakcik suka yang ini..

"cikgu, cikgu tanya lah dia sendiri samada dia nak sekolah atau tak?"

kalau pakcik akan jawab.. "dia kata tak mo sekolah dah".....huhuhuh


iman dan ulam..begitu dasyat kah?