Selamat malam.
Masih saya dalam mencari apakah maksud tanda aras.
Format baru bagi penulisan kajian inovasi pendidikan memerlukan tanda aras. Saya budak baru belajar bertanya apakah itu tanda aras yang perlu saya ambil untuk dijadikan ukuran?
Ah. Isnin ini perlu saya serah tugasan.
Titik. Intro tidak menarik.
Juga penat otak. Emosi juga.
…………..
Jadual menjadi padat.
Peperiksaan pelajar tingkatan Empat dipercepatkan. Untuk memberi ruang kepada peperiksaan besar budak lima belas tahun. PMR. Sedang pelajar tingkatan empat perlu dicutikan pula saat peperiksaan berlangsung kelak bila SPM bermula. Maka
Segala proses pengajaran tahun ini menjadi berkecah mecah. SPM juga diawalkan pada tahun ini. Tarikh 5 November sudah bermula peperiksaan besar budak tujuh belas tahun itu.
Segala yang dirancang perlu dihabiskan segera. Tenaga jadi berganda dan kesabaran sangat kena tebal-tebal. Tidak boleh nipis-nipis.
Ah. Selasa ini budak tingkatan empat sudah peepriksaan akhir tahun.
Titik. Ini juga tidak menarik.
Juga penat otak. Emosi juga. Malah berganda lelah. Apalagi sedang membuyong perut kesana kemari.
………….
Ada lapan kali lagi saya perlu berjumpa pelajar saya. Sebelum SPM bermula. Ditambah empat kali kelas tambahan di petang hari buat kudap-kudap bekal ilmu.
Lapan campur empat. Dua belas kali.
Serasa saya takut untuk melepaskan pelajar saya menjawab persoalan besar mereka.
Saya takut saya gagal memberi yang terbaik.
Anak-anak besar ini sentiasa perlu ditegur-tegur pula.
Yang ke saat akhir tidak mahu ke sekolah pun ada.
Maka.
Saya tidaklah lah berupaya mahu menarik kesemuanya. Terasa gagal. dan berupaya tidaklah mahu menjadi orang yang gagal.
tapi. yang satu dua budak ini saya gagal.
Lalu.
Saya seolah mahu termakan kata seorang guru senior.
"sudah-sudahlah lah memujuk dan menasehat. Dia anak orang lain"
sebab dari awal tahun sehingga saat akhir ini kita memanggil-manggil mahu memberi ajar yang baik dan mahu memberi didik, dia sentiasa menolak dan tidak mahu diajar.
Hingga ke saat akhir.
Jadi.
"sudah-sudahlah lah memujuk dan menasehat. Dia anak orang lain"
"kata-kata mak pak pun tidak mahu dia dengar. Apa lagi kita. Dan dia bukan anak kita".
Sedih. Budak tidak mahu. Bukan saya yang tidak mahu.

0 comments :
Post a Comment