...sekolah kehidupan..

Wednesday, October 3, 2012

Meluat


Selamat berlarut malam.
Mata maseh belum mahu lena. Anak dalam perut maseh dok bermain sana-sini. Tidak lah tahu apa yang dia buat. Bikin saya tidak boleh tidur. Ia aktif.
Maka. Saki baki malam nak ke pagi saya habiskan sekejap disini.
……


 

Lihat gambar diatas.
Hati rasa sakit sangat.
Nak ambik budak-budak belakon. Pakai baju sekolah dengan pegang senjata. Api. (walaupun mainan) ia tetap berupa senjata.
Ini namanya tidak berapa cerdik.
Pada saya. Sajikan lah bentuk lain. Yang tidak melibatkan pengaruh buruk pada anak-anak
sekolah.

Mahu memberi pengajaran pun eloklah yang kena dengan budaya kita ini. atau mahu berlawak dengan dunia pendidikan pun, ia tidak perlu seperti ini. Dunia pendidikan bukan bahan ketawa yang remeh. 

gambar diatas itu. saya pangkah lima nam juta kali. semogalah. pergi jauh-jauh dari benak saya. dari keluarga saya. dan dari semua anak-anak buah dan zuriat saya. semogalah. jangan ada. 

……..
Gaya samseng diatas sudah cukup buat hati saya sedikit sentap dan terguris. Rasa meluat. Tengok budak itu pun saya rasa meluat. Dan terfikir siapa lah orang dibelakang tabir.
Yang berasa idea dia hebat dan mahu ketengah filem dan cerita seperti ini?
……….

Sebagai cikgu atau siapa saja bergelar cikgu. cikgu di dunia ini lagi tahu perangai budak di sekolah. Tidak nyalah dia mahu ambik yang positif dari apa filem. Yang huruk dan huduh itu lagi cepat dia buleh belajar.
Tengok filem rempit. Dia lebih senang merempit. Bukan dia nak insaf kalu-kalau buleh eksiden patah riuk?
Tengok filem itu yang ada bohsia-bohsia perempuan liar. Dia suka yang itu daripada menjadi muslimah bersopan.
Seolah yang huduh dan rosak itu adalah makanan sedap yang patut dia makan.
…….
Tengok filem melayu di tibi, seolah buruknya dunia orang melayu.

Satu.
Buat filem hantu tidak habis-habis. Semua khurafat itu dibanggakan pula. Yang pada zaman sebelum kaum Muda balik membawa gerakan Islah itu, Yang pada zaman hidup orang Melayu sangat mundur dan penuh hidup penuh hantu syaitan menewarang di minda itu, dan pada zaman orang Melayu sangat orthodox itu dibanggakan pula, Terasa yang buat filem seperti ini tidak pula dia berasa penyajian dia itu bleh menyekat Melayu mejadi maju.
Kau kaya sikit atau kau cantik sikit, atau lau maju sikit dan atau kau Nampak lebih sikit akan kena santau oleh si pendengki.


 

Dua.
Lawak bodo yang langsung tidak lawak. Rasa meluat. Buat filem lumba kereta motor bagai. Semuanya makanan kasar!
Ini paling digemar. Lawak yang sampai tidak tahu dimana lawaknya. Yang ada cumalah badut-badut yang memperbodohkan diri dipentas. Entahlah. Reality lawak yang ditunjuk. Ia bukan lah sesuatu yang dipelajari. Lawak adalah satu yang spontan. Dan ia anugerah. Lawak bukan boleh berlatih buat lawak. Itu bodo namanya.


 

Tiga.
Menyanyi.
Rancangan untuk berlagha. Menyanyi. Orang Melayu lah yang paling suka ini. Masuk menyanyi. Belajar tak payah pandai-pandai. Cita-cita nak jadi artis. Menyanyi lah sampai tua.yang masuk menyanyi pulak budak-budak melayu. Itu saja masa depan yang dia ada untuk cari rezeki "halal". Cara paling senang nak kaya mungkin?
Pengisian remaja kita ini semakin sakit.


 

Empat.
Buat cerita drift-drift kereta. Lumba-lumba. Bohsia-bohsia liar. Rempit-rempit. Seolah kena sungguh dengan jiwa remaja liar sekarang. EEEEEEEEEEEEEEEiiiii meluat. Tak ada ayat dah nak tulis menggambarkan meluat dengan idea filem sekarang.
……….
Meluat sangat. Biarlah orang kata tidak sokong filem tempatan. Saya rela tidak menyokong filem yang rendah moral seperti ini.
Rela saya melihat cerita tentang dunia lain. Dunia binatang. Dunia fenomena alam. Dunia yang memang tidak menyakitkan hati. Buka national geografi lagi bermanfaat.


 



 

p/s: mari berdoa pada Tuhan supaya kelaurga kita dan zuriat kita terhindar dari semua ini. Semoga Tuhan melindungi kita dari sebarang perkara tidak molek.

1 comments :

Yuyun said...

yep....sy sendiri tak minat nak tengok filem2 melayu la ni..buhsan!


iman dan ulam..begitu dasyat kah?