Selamat pagi..
Bermain game restaurant story adalah lagha yang nyata. Boleh dalam kerja tiba tiba teringat tentang dishes yang dimasak atas dapur restoran sudah masak atau belum atau sedang fikir adakah sudah rugi di hurungi lalat?
Ia lagha nyata. Permainan alam maya i phone. Saya lah itu. Mahu saya menarik diri.
Titik.
Rupanya saya dua tiga hari ini murah air mata dan murah pula kadar letih. Terasa semangat kerja boleh hilang dan sipi sipi tinggal.
Bercerita pada kakak ipar tentang bangunan sekolah yang jauh jauh dan tangga yang banyak perlu di panjat. Sementara anak dalam perut semakin memberat dan membesar.
Boleh air mata jatuh berjurai jurai tak malu. Tanda tak tahu dah nak luah erti letih lelah membawa kandungan ke sana sini.
Ish. Malu boleh termenangis.
Kemudian.
Bukan apa. Teringat akan penat lelah kita. Yang jarang di hargai pelajar. Yang kita ajar. Buat bekal dan kudap kudap dia untuk spm.
Langsung air mata jadi banyak.

2 comments :
kamu sudah menjalankan tugas dengan ikhlas dan segala kemampuan yang termampu.... selebihnye... doa... dan tawakal aje la....
jgn di ingat penat lelah... jangan di ingat susah payah..... kerana seme itu adalah IBADAH!!.....
jika tidak dinilai didunia ini..... insya ALLAH.. moga ianye menjadi perisai diakhirat nanti....
trima kaseh pokcik ats nasihat berguna pnyejuk hati ni...
Post a Comment