Selamat malam.
Syok dan seronok. Tuhan bagi nikmat dan penghargaan.
Kajian tindakan saya diterima dan memenangi tempat kedua peringkat daerah. Akan dipanjang kemudiann. Ah puas dalam kerja. Berjaya memberi ilmu untuk dimanfaat orang.
Alhamdulillah.
....
Sedang dihadapan tv. Dengan selambak buku. Mahu mengulangkaji. Di hadapan ada laptop mini menulis serangkap dua. Dan di dalam perut tv menayangkan Maharaja lawak mega siaran kita yang dibeli oleh channel Suria milik negara Singapore.
Saya tengok sipi-sipi.
Ada dua orang manusia sedang berlawak-lawak kata.
Saya tengok tidak ada yang lawaknya.
Saya tengok audien buleh ketawa. Walaupun ucap-ucap si pelakon yang mahu digelar maharaja lawak itu entah apa satu saya tak faham apa.
Apa jenis komedi?
Manusia mahu buat kita ketawa. Serasa sedang membodohkan diri sendiri dengan gelaran entah apa-apa.
Hurm.
Mungkin urat dan nafsu ketawa saya tidak ada untuk upacara ini. ia tidak lawak. Tapi nampak bodoh.
Titik.
Nanti penggemar raja lawak yang sesetangahnya tidak lawak akan marah saya.
Hahahah!
Entah kumpulan itu gelarkan dirinya kumpulan syok.
Saya melihat perempuan itu sedang membodohkan dirinya dalam membikin lawak.
ada juga kumpulan dari indonesia.
ish apa menatang semua ini?
....
Berhenti tulis. Berhenti tengok cerita lawak yang tidak lawak itu.
Dan buat kerja.
Saturday, September 22, 2012
.....dan buat kerja.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

1 comments :
hehe...ye, lawak sekarang mmg ntah ape2..sy sokong cikgu Iman :)
Post a Comment