Salamun alaik. Ia sebuah cerita panjang. Mungkin anda akan tidak mampu mengharung semuanya. Jadi. Kalau tidak larat. Lebih baik jangan. Ini cerita duka. .... Ia sambungan daripada dua cerita ini. disini dan disini. sila klik. Dalam duka ada suka. Macam itu lah tajuk. Tajuk yang membawa rajuk. .... *** hari ini jam 6.45 pagi-pagi tadi. Saya terima satu panggilan dari satu nombor yang tidak saya kenali. Saya tengah bersiap sedia mahu ke sekolah. dalam keadaan terkocoh dan terkecah-kecah bersiap dan bernawaitu mahu kesekolah awal. Menerima panggilan suasana itu bukanlah sesuatu yang hati mahu. Sebab saya secara solo menyiapkan semuanya. Encik suami outstation. Jadi. Tak ada tangan pembantu yang setia memudahkan saya memanaskan enjin kereta dan menyiapkan susu. Rutin saya pagi tadi sebok. Ah. Bila saya jawab. Seorang perempuan yang memperkenalkan diri sebagai mak pelajar yang sudah kena buang sekolah akibat ponteng memberi salam dengan kasar. Ponteng sekolah yang dianggap tidak salah oleh si emak hanya kerana anak ada dirumah walaupun tak pergi sekolah. dan hanya kerana anak tak suka bangun pagi ke sekolah. pada dia itu tidak salah. Si emak budak: "salamualakum cikgu. Saya mak **** ." Saya: "ya saya. ada apa puan?" Si emak budak: "**** dah kena buang sekolah cikgu?" Saya: "ya" Si emak budak: "saya tak dapat surat pun" Saya:" saya tengah drive ni, nanti puan telefon semula" Si emak budak: "saya tak dapat surat ni, nak dapat mana surat amaran itu semua?" Saya: "ambil dari dia lah" [anak dia] Si emak budak: " mana dia ada surat tu" Saya: "puan saya sedang drive ni. Nanti talipon semula" Si emak maseh membebel. Dan di akhir nak letak talipon saya terdengar ada satu perkataan kurang manis di hujung. Iaitu "kurang ajar" Perkataan yang menyentap rasa dan mood pagi saya berubah menjadi tidak cantik. Duka. Dan istighfar. ..... Kepada si emak yang tolol. Kereta yang saya pandu ini manual. Tidak lah berkuasa automatic. Mana haku nak masuk gear. Mana haku nak tukar-tukar gear bagai. Kang haku tersodok kereta orang atau eksiden boleh kau tanggung? Tangan sebelah pegang talipon, tangan sebelah lagi memegang stereng. Tangan yang pegang talipon itu jugak mahu tukar gear. Kang haku eksiden. Patah riuk. Ke hapa. Tak pun jadi arwah. Ha. Jadi hantu, kau dulu haku serang. [marah. dan abaikan ayat diatas] ...... Pembaca yang saya kaseh. Sampai saja saya di sekolah. Tempat pertama saya pergi ialah bilik kaunseling. Sebab dalam prosedur sekolah saya surat ponteng pelajar bagi amaran satu, dua dan akhir akan diserah melalui tangan oleh pihak kaunseling kepada pelajar terbabit. Cuma surat buang sekolah akan di pos secara berdaftar oleh pihak sekolah kepada waris sebagai pemberitahuan dan tindakan lanjut. Pihak kaunseling memberitahu saya yang pelajar terbabit tidak datang berjumpa dan tidak pulak mengambil surat ponteng berkenaan. Tanggungjawab saya sudah selesai mengurus hal ponteng dengan mengeluarkan surat. Dan pelajar berkenaan tidak datang menemui kaunselor atau kaunselor yang tidak menyerahkan. Tidak lah saya mahu ambil pusing. ...... Lalu si emak datang sekolah. sedang saya di kelas. Tidak lah saya tahu apa yang ribut dan kecoh di pejabat. Usai kelas saya kekantin dan pengetua bercerita pada saya. Si emak datang bertemu pengetua atas masalah anak kena buang. Lalu dia salahkan semua guru. Yang tidak datang memujuk anaknya di rumah supaya pergi sekolah.tengok? dia dok rumah buat apa? Si emak juga memberitahu yang saya sebagai guru kelas tidak memberitahu dia tentang masalah ponteng anak. Tengok? mahu salahkan cikgu semuanya. Dan si emak juga memberitahu bahawa saya tidak mengingatkan anaknya tentang kadar ponteng. Tengok? berani dia cakap saya macam ini. ..... Lalu. Penolong kanan HEM saya bertanya dia. Bukan kah guru saya ada pergi berjumpa puan di bazar memberitahu masalah ponteng anak? DIA DIAM. [mahu saja saya bawak buku talipon keluar di pejabat yang saya sentiasa mencatat nama dan nombor talipon dia yang saya berhubung setiap kali mahu bagitahu kelakuan ponteng anak] dan si emak berkata. Cikgu, bukankah saya minta kaunselor datang ke rumah saya pujuk anak saya untuk ke sekolah? lalu pengetua saya berkata ini" "puan ingat saya akan benarkan guru-guru saya keluar sekolah meninggalkan kelas hanya kerana seorang anak puan tak nak bangun pagi ke sekolah?" "kalau puan tak boleh nak jaga anak puan seramai tiga empat orang itu untuk bangun pagi, nak suruh orang lain pulak yang datang kejut anak puan bangun?" "dan jika puan menjaga tiga empat anak saja di rumah pun tak boleh handle ..sedang cikgu-cikgu saya menjaga lebih dua ribu pelajar disini, sempat kah nak pergi kejut orang pemalas bangun pagi nak ke sekolah macam anak puan?" NAH! DIA DIAM dengan pengetua bercakap. ..... Dan dia berkata: Saya mahukan surat buang sekolah supaya boleh pergi merayu di pejabat pelajaran daerah untuk dimasukkan semula. Pengetua sekali lagi bidas: "buat apa? Kalau dengan anak puan yang pemalas ini merayu pun tak guna. Sebab anak puan memang pemalas ke sekolah. Puan merayu, anak buat lagi" Dia DIAM. HAHAHAHAH. Ha tudia. Kesah Mak Budak yang menyokong anak. Bangga dia bagitahu orang anak dia baik. Dan semua orang yang lain jahat. Titik. ..... Ini cerita suka. Tadi duka. Kajian tindakan saya diberi perhatian. Pembentangan peringkat daerah akan dilakukan pada sabtu ini. Pagi tadi menerima mesej dan surat dari Pejabat Pelajaran Daerah dengan ucapan pendahuluan sekalung tahniah. Seramai-ramai penyertaan di Johor Bahru ini, saya terpilih. Minta saya hadir untuk membentangkan kajian saya besama-sama daerah lain yang terpilih. Saya gementar juga. tapi lega. Air tangan saya diberi perhatian. Dan saya mahu kajian saya ini di gunakan untuk orang lain. Semoga memberi manfaat dan kemudahan pada anak didik dan pendidik. Insyaallah. Ini juga permulaan kerjaya saya. Saya mahu diri saya menjadi lebih bermanfaat untuk orang lain. tinggalah duka. sebab saya lebih suka kepada berita suka yang memberi saya kepuasan dan manfaat pada orang.
Tuesday, September 18, 2012
Karenah mak budak dan kajian saya
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

0 comments :
Post a Comment