hey! iman menulis sesuatu hari ini..
Selamat malam..oh says bercuti ganti pada khamis dan jumaat..untuk hari raya puasa kali ini..kementerian bidang saya mengeluarkan pekeliling tentang perihal cuti..
Tapi pada saya cuti berganti atau tida, keadaan saya sama saja, encik suami masih bekerja pada jumaat. Maka, saya bagaimana? Cuti awal atau tidak awal sama saja.
Bunyi macam pasrah. Haha. Tidaklah juga. Asal boleh balik kampung sudah. Ye dak?
......
Tadi saya talipon satu ibu kepada pelajar tegar tidak mahu ke sekolah. Pontengnya boleh tahan. Sudah masuk amaran terakhir.
Maka,
Ikut prosedur surat amaran memang akan dikeluarkan bila sudah kena tempoh. Saya sebagai guru kelas melalui prosedur biasa akan menalipon waris bagitahu hal ponteng anak.
Itu perkara biasa dalam tugas. Dan surat menyurat adalah prosedur.
Bila saya bagitahu ibu pelajar berkenaan:
Ibu pelajar saya kata "cikgu cikgu kena lah pujuk anak saya pergi sekolah"
"anak saya susah bangun pagi..pagi tadi saya kejut pun tak nak bangun.."
Saya kata " minta anak puan datang sekolah dulu, pihak sekolah boleh salur ke sesi kaunseling dan ada pelbagai cara memujuknya"
Waktu itu saya rasa kesabaran sudah ditahap mulia..
Dia minta cikgu cikgu yang pujuk anak dia kesekolah. Dia sebagai mak buat apa...?
Dia tak fikir budak sekolah saya yang dua Ribu orang lebih ini semua perlu diberi perhatian..jika semua nak kena cikgu pujuk, jenuh cikgu semua nak kena pi rumah pelajar pujuk suruh mai sekolah hari hari..
Gila.
Ibu pelajar saya kata "tak boleh lah buang anak dia dari sekolah sebab sekolah tinggal lagi dua bulan walaupun anak dia tak datang sekolah"
Saya kata " puan, sekolah ada peraturan sendiri. Cukup tempoh sesuatu ponteng, surat amaran akan dikeluarkan. Itu adalah prosedur dan perkara rutin yang memang sentiasa di patuhi"
Bersambung...

1 comments :
huhu bdk2 sekolah.....
cikgu btau le mak ayah dia... sya dah pujuk tapi dia tak mo juga so mcmn nak buat nih.....
huhuhu
Post a Comment