Salamunalaik.
Selamat malam. Hai esok mula kerja. Maka. Silalah memujuk hati semua supaya menjadi mahu-mahu akan kerja. Ye dak?
Sehari dua ini di tempat kerja mungkin hati libang libu teringat seronoknya beraya di kampung halaman.Teringat seronok sangat berada di rumah puan emak dan encik ayah.
Teringat sedapnya ketupat rendang air tangan puan emak.
Teringat semua masakan adik beradik balik berkumpul setahun sekali jumpa. Ahai.Teringat semua. Anak buah comel banyak keletah itu ini.
Dan. Semestinya langsung tak berapa lalu makan akan kueh raya buat seminggu dua ini. Sebab bersepah banyak. HAHA.Semua yang diteringat seakan maseh baru. Sementara nak masuk ke landasan kerja yang sebenar. Hati dok terbalik-balik antara bersungguh kerja atau tidak. Sebab otak masih ingat kenangan banyak ye dak?
Kenangan banyak. Kaseh dan sayang puan emak dan encik ayah rasa melimpah-limpah.
Titik......Bersungguh atau tidak bersungguh. Saya rasa saya kena bersungguh kerja. Ini saja minggu terakhir ulangkaji bersama pelajar SPM saya. Minggu depan satu lagi sudah pun depa menduduki peperiksaan percubaan pula.
Ini minggu bersungguh saya akan atur ulangkaji sentuhan terakhir.
Oh. Saya sudah dapat rasa kesibukannya.
Selamat malam.
Belum terlewat mahu ucap selamat menyambut aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

2 comments :
lady dah balik ke rumah mertua semalam.. huhuhuhuhu..
huhuuh.. salam eidul fitri utk cikgu.....
moga cikgu kuat semangat utk anak murid nak ambik xam nih....
Post a Comment