...sekolah kehidupan..

Wednesday, May 9, 2012

dia memang tak tahu

hey! iman menulis sesuatu hari ini..


May ini seperti sedia maklum adalah musim peperiksaan.
seperti biasalah menjaga dan mengawas peperiksaan pelajar mengikut jadual masing-masing.
semalam.
saya menjaga peperiksaan kertas Bahasa Melayu. bnyi kalau bahasa Melayu pada kita mudah benar sebab kita ini bangsanya Melayu dan bahasa kita dah sohih-sohih lancar dan faham molek.

pada saya, kalau kita suka membaca pada zaman kecik kenit dulu, bahasa Melayu sangatlah mudah. Tapi pada generasi Y sekarang kalau tanya sesetengah peribahasa pun belum tentu dia reti memberi maksud.

baiklah.
jujurnya saya ketawa berdekah-dekah dalam hati. mulut senyum simpul tak boleh tahan baca jawapan pelajar.
bila mengawas peperiksaan. dah sohih kita berjalan keliling kelas melihat dan memantau pelajar sedang menjawab peperiksaan.

masa berjalan dan melihat semua itu, mata saya tertancap pada satu persoalan. bina ayat.

ayat dari kata ganda yang cikgu beri ialah:

"hiruk - pikuk"
"senang- lenang"
"selok-belok"
dan ada lah lagi yang lain.

dalam hati saya alahai soalan mudahnya.....hurm...

berjalan lagi. dan terlihat sebaris ayat yang dibina pelajar. saya kertawa dan tersenyum tengok ayat dia:

"hiruk-pikuk"

ayat pelajar tersebut:

"semasa abang memasak sup, sambil-sambil itu dia HIRUK PIKUK supnya"

HAHHHHHHHHHHHHHHHAHAHHAHHAHA..

pelajar oh pelajar. saya rasa geli hati sangat. apa kena lah. mungkin dia tidak tahu maksud. maka perkataan hiruk itu di anggap HIRUP mungkin?

saya ketawa sambil berjalan lagi. tak boleh tahan tengok jawapan. sohih cikgu Bahasa Melayu dia boleh demam.

saya kata pada pelajar.
pelajar! hiruk-pikuk bukan bermaksud hirup okay...?
saja bagi hint sebab kesiankan pelajar melayu yang tandus bahasa. HAHHA.

abes tu maksud apa cikgu?
saya kata: maksudnya bising. hingar bingar.

bila semua tengok jawapan. masing-masing ketawa sendiri.

boleh mati sebab ketawa.

teringat kisah ini dulunya. [sila klik]

2 comments :

Anonymous said...

tu la kekdahnye ...bila anak muda dok ngadap FB....game.... internet berlebihan... hinggakan perkataan @ bahasa melayu sendiri pun dah tak paham.....

pensil iman said...

pelajar sekarang kurang membaca..then mcmanalah nak perkayakan kosa kata..

macam-macam jawapan saya jumpa..kesian kat cikgu BM durang..adohai...


iman dan ulam..begitu dasyat kah?