...sekolah kehidupan..

Monday, May 14, 2012

Tidaklah saya mahu berpelajaran banyak

Berkecai hati seakan tidak ada apa rasa lagi

Melihat tidak boleh

Dan Cuma boleh berdoa dan berdoa

Mengharap pada Tuhan agar merahmahkan kesehatan sempurna

Pada orang tua


 

Berderai air mata banyak

Tanda tidak boleh apa-apa

Tangan saya jauh untuk membelai pun tidak sampai

Kasih saya ada melimpah

Mahu dicurah juga tidak sampai

Terapung di udara bersama doa

Harap Tuhan boleh mengirim doa itu sampai mengenai tubuh orang tua


 

Berdoa banyak supaya Tuhan boleh mengubah semuanya

Janganlah melepaskan orangtua saya bepergian saat ini

Tunggu lah saya membalas kesemua jasanya walaupun tidak terhitung dan tidak boleh dibayar-bayar


 

Saya tidak boleh mengepung air mata

Jatuh mengenai semuanya.

Di lantai

Di baju

Di bantal

Di mana-mana

Saya jauh sangat.

Jauh sangat.

May yang separuh ini sudah tentunya saya pulang menjenguk orangtua


 

Orangtua memberi pelajaran pada semua kami

Dan bila semuanya sudah berjaya serta menjadi berjauhan pula

Memperoleh kerja dan tidak pula boleh berada di samping orangtua

Kekangan banyak.

Andai boleh diberi pilihan,

Rela saya tidak berpelajaran banyak

Asal menetap dan boleh disamping orangtua selamannya

Asal saat dia memerlukan kita, kita sentiasa dan sentiasa ada berkhidmat

Berasa seperti bekerja dan berbahagia berkahwin

Seolah menjadi orang tidak jadi berguna banyak


 

Berjauhan dengan orangtua kita

Dan Cuma

Boleh menangis dari jauh

Bila mendapat khabar tidak bagus

Ayahanda tidak sehat dan tidak semakin sehat


 

Seolah meletak saya menjadi anak apa?

Tidak boleh balik serta merta

Kekangan jarak sebegini

Sedangkan saat kita kecil

Meminta apa dari orangtua

Serta merta dia usahakan

Dan membahagiakan kita

Memberi pelajaran sempurna

Pelajaran dunia

Pelajaran akhirat

Pelajaran kehidupan kesemuanya


 

Dan.

Kita berjaya.

Tapi.

Timbale balasnya. Kita berjauhan sebegini selamanya.

Menjenguk saat cuti dan sekali sekala

Tidak serta merta.


 

Kalau diberi pilihan

Tidak lah saya mahu berpelajaran banyak

Asal jasa orangtua saya boleh saya balas-balas

Walaupun tidak tehitung banyak

Dan tidak boleh di bayar-bayar


 

p/s: semoga ayahanda sembuh. Semoga ayahanda sembuh. Saya Cuma boleh mengirim doa.


 

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?