hey! iman menulis sesuatu hari ini..
pada saya. orang muda kita. sudah terhantuk baru tergadah.
tunggu malaysia jadi negara miskin dan kucar kacir
macam mesir tak habis-habis bergolak
macam somalia tak cukup makan
itu baru contoh sikit
baru masa itu menangis tidak berlagu.
masa engkau belanja awek sakan-sakan
masa engkau beli talipon baru
masa engkau makan mewah-mewah tak hengat
masa engkau buat bayar loan
masa engkau masuk MLM lah apa lah..
dan masa engkau ambil duit bayar hutang
atau masa engkau guna duit bantu mak bapak
lepas itu engkau berkampung depan Dataran Merdeka
minta kerajaan mansuhkan PTPTN
kemudian engkau semua jadi MPP universiti
dan ada diantara engkau termakan sungguh dengan semua propaganda buruk
sebok sana sini nak menentang kerajaan.
mai sini haku nak tanya engkau
sebelum engkau lantang sangat marahkan kerajaan
dan kelihatan engkau sebok berdemontrasi jalanan
adakah engkau sudah matang sangat?
adakah engkau mempersiapkan diri dengan ilmu yang banyak?
adakah engkau cuma lalang yang ikut siapa-siapa saja yang suka membantah dan bermogok?
dan. yang penting. saya mahu bertanya anda
pointer anda berapa untuk setiap semester?
seingat saya.
zaman saya di universiti
orang yang paling kuat menyebok hal kerajaan
macam dewasa sungguh lah gamaknya
dan paling suka berkempen masa mengundi kampus
bersebok dengan MPP bagai
pelajaran dia entah kemana
pointer setiap semester setakat 2 pointer.
mengaji hapa macam itu? bongok.
mahu menjadi pemimpin bagaimanakah?
kalau ilmu tak ada bagus?
dan nak jadi pemimpin mengkritik itu dan ini
pastikan akhlak bagus
pastikan juga ilmu banyak
belajar bijak. ada potensi bagus.
pastikan semuanya lengkap dulu
baru boleh berlawan banyak. ye dak?
ini tidak.
seolahnya.
mahu berperang pong pang pong pang
gegak gempita suara besar
tapi.
satu alat perang dan strategi perlawanan
malah latihan menghadapi musuh pun tak ada
itu bodoh namanya.
tahu?
pentol.
khas untuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Malaysia Bangkit yang menuntut pemansuhan PTPTN berkampung di Dataran Merdeka.
sila lah balik ulangkaji pelajaran yang tertinggal.
sila lah balik ulangkaji pelajaran yang tertinggal.
pada saya.
malaysia ini negaranya makmur sekali.
isu pembayaran PTPTN serendah-rendah untung
jangan engkau nak samakan dengan negara maju.
belajar percuma?
dan cukai tahunan anda melambung tinggi lebih dari kita. setiap benda kena cukai.
dan sukanya anda banding begara kita dengan negara maju.
anda bagi contoh jerman.
lihatlah kadar pertumbuhan mahasiswa kita
dan lihat pulak pertumbuhan mahasiswa negara maju
kemudian bandingkan pula kadar cukai kita dengan negara maju
lihat hasil mahsul kita
dan lihat hasil mahsul dia
lihat sistem demokrasi kita
lihat pulak sistem komunisme dia
lihat pendapaan perkapita dia
lihat pendapatan perkapita kita pulak.
kalau serasi
anda lawan
kalau tak tahu menahu jangan pandai berbanding-banding.
orang melayu dasarnya agak pemalas.
sungguhpun saya melayu juga.
tapi
remaja sekarang tidak lah sama remaja dulu
kalau semua benda percuma
dan mahu subsidi segalanya
senang lenang secara banyak.
maka
lagi lah bongok melayu nanti
dan sukanya anda banding begara kita dengan negara maju.
anda bagi contoh jerman.
lihatlah kadar pertumbuhan mahasiswa kita
dan lihat pulak pertumbuhan mahasiswa negara maju
kemudian bandingkan pula kadar cukai kita dengan negara maju
lihat hasil mahsul kita
dan lihat hasil mahsul dia
lihat sistem demokrasi kita
lihat pulak sistem komunisme dia
lihat pendapaan perkapita dia
lihat pendapatan perkapita kita pulak.
kalau serasi
anda lawan
kalau tak tahu menahu jangan pandai berbanding-banding.
orang melayu dasarnya agak pemalas.
sungguhpun saya melayu juga.
tapi
remaja sekarang tidak lah sama remaja dulu
kalau semua benda percuma
dan mahu subsidi segalanya
senang lenang secara banyak.
maka
lagi lah bongok melayu nanti
dan anda disini.
makan banyak. selesa banyak. aman damai tidak susah mana.
nak bayar cukai sekarang pun anda elak-elak.
lepas itu
melawan kerajaan pulak.
sedang anda baru setahun jagung.
belajar baru semester berapa.
tapi darah muda anda macam rapuh.
belajar tak pandai.
kritik orang berapi-api.
ilmu tak banyak tapi macam pandai
termakan dengan propaganda orang besar berpolitik
kalau kaya sangat.
buat lah pinjaman peribadi dari bank biasa.
biaya pengajian anda.
dan menghadaplah interest mengikut perkembangan BLR atau BFR. masa itu baru padan muka.
atau terus daripada poket mak bapak kalian.
atau anda bercakap seolah anda wakil pada orang yang tidak susah?
yang masih mengharap bantuan kerajaan untuk menreuskan pengajian?
seolah kalau menghapuskan PTPTN, anda boleh menang
dan nasib yang sudah-susah hidup mungkin anda ingat seperti anda juga.
hurm..

5 comments :
Ada orang cakap berapi2 tak nak hapus PTPTN, tapi bayarnya haram idok... kamu dah bayar ko?
PTPTN ni masalahnya caj pentadbiran tinggi sangat, pinjam 19000, bayarnya hampir 25000, itu yang tak pernah miss bayar bulan2. bayar pun secara banyak bukan 200 sebulan. kalau yg ikut potongan 200 sebulan tu, kalau kira balik berganda2 lah jumlah hutangnya. idokla habih-habih
memanglah kena banding dengan negara maju, sebab pemimpin kita dok laung depa bawa kemajuan. Apa guna kemajuan kalau rakyat tak dapat nikmati. Asyik2 anak beranak dema jo dok dapat juta2. hutang kroni juta2 hapus gitu jo. Cuba mu baca pasal hutang Sykt besar2 yg dihapuskan. malas nok sebut, kamu kan cigu banyak maklumat... setakat hutang rakyat marhen boleh lupus kot ( sebenarnya anak2 mudo tuntut ni sebab nakkan keadilan, bencikan korupsi pemimpin- dah alang2 boleh hapus hutang yg kaya2, apa salahnya hapuskan hutang rakyat yang banyak hutang tapi tak kaya ni)
tak nak banding dengan negara luar? bila nak naik harga minyak mahu pula banding...
Mungkin bagi kamu ia tuntutan yang idok munasabah, tapi munasabahlah dari dok mengabeh kot kroni dio. Wang rakyat, biolah rakyat merasa jugok...
nak tanyo, yo ko pelajar yg jadi MPP pointernyo 2.00 lebih ja? lawok mu.... syarat untuk jadi bertanding MPP tu mesti mantain pointer we...
Kena prihatin isu semasa ni. Berfikir di luar kotak... Jange dok rasa hidup kito hebak, sempurna kito rasa tak po la... Orang yang bertungkus lumus hidup, rasa tertindas macamana? Lagipun takkan nok bior sajo segala KETIRISAN pemerintah. Bukan duit dia pun dok agih sama dema...
Kpd ibn syafie
Ada orang melihat kerajaan macam tidak pernah membiaya rakyat. Dan ada orang melihat kerajaan seolah tidak berbuat apa-apa untuk kemajuan negara dan rakyat. Ada orang lihat kerajaan dengan membenci kesemuanya. Sedang dia bernafas aman-aman di bumi ini, menikmati aman dan kemajuan, kesenangan hari ini bukan daripada kebijaksanaan pemerintah. Orang macam ini namanya anti kerajaan. Dia suka kalo nampak kerajaan tumbang. Dan orang macam dia saja boleh memerintah betul dan boleh turut semua kemahuan dia sempena nak pilihanraya ni.
Saya sudah membayar ptptn sy. Setiap bulan tidaklah saya abaikan hutang pelajaran saya. Jangan anda risau. Kpd yg lain-lain, silalah membayar juga. samada banyak atau sedikit, bayarlah hutang kita. Sudah sedap2 guna. Takkan nak buat dang je..ye dak?
Negara yang suka berbuat kebajikan dengan membiayai rakyatnya yang tidak bekerja, warga tua dan pelajar adalah macam negara negara Scandinavia seperti Denmark, Finland, Iceland, Sweden dan Norway. Negara seperti Perancis,Jerman dan Belgium juga membelanjakan banyak wang dalam program kebajikan.
Di negara Scandinavia, kerajaan mengenakan cukai yang tinggi untuk membiayai program kebajikan.
Memang boleh melihat kemajuan negara maju dan mengambil contoh. Tapi. kalau tak ukur baju di badan sendiri dalam berbuat sesuatu jugak akan menajdi payah. Dok menyebok nak ambil jerman sebagai contoh. Memang lah bagi yuran pelajar percuma bagai. Tapi. dasar negara komunis itu terhadap rakyatnya adakah anda kaji?
Pendapatan rakyat separuh daripada itu perlu diserahkan kepada kerajaan untuk membiayai keseluruhan yang percuma-percuma itu.
Anda berasa anda tidak menikmati kemajuan negara? Saya berasa aih. Nak ketawa.
Anda bersekolah atau tidak?
Anda pergi hospital kerajaan bayar berapa ribu setiap kali masuk? Anda fikirlah, subsidi kerajaan bagi untuk kesihatan rakyat secara percuma.
Kemudian, anda kata rakyat tidak menikmati kemajuan? Mungkin anda tidak merasa atau tidak ada saudara-saudara tua yang biasa hidup pada zaman british dan jepun. Kemodenan dan kemakmuran hari ini jauh lebih baik berganda-ganda daripada dahulunya.
Menjadikan kita bersyukur banyak atas limpah kemakmuran ini. senang lenang secara banyak. Jangan sebab hal yang sedikit ini,anda melatah sakan.
Adakah begitu korupnya negara kita sampai kita tidak cukup makan? Atau nepotisme terlalu banyak sampai hari-hari ada orang mati kebuluran tak ada kerja dan makan pakai?
Pada zaman selepas saya mungkin mahu jadi MPP sudah ada dasar pointer kena bagus. itu Alhamdulillah. Tapi pada zaman saya belajar tidak lah semuanya MPP itu bagus dan pointer meletup.
Masakan saya boleh betulis begini. Kawan satu kumpulan yang sakan-sakan menjadi MPP, buat esaimen. Sudah bahagi tugas pun tidak berhantar. Dok menyebok hal berkempen kampus. Kuliah tak datang. Bukan kah itu penyakit? Dok menyebok nak berperang, ilmu pun tak ada. Itu lah orang pentol.
Korupsi dalam negara mana pun sohih ada. Pada saya korupsi ini macam daki kat badan. Sama-sama dia berkorupsi. Tunggu mati mungkin dia berjawab dengan Tuhan. Dan. Tidak lah boleh menuduh kesemuanya kerajaan itu jahat dan berkorupsi.
Itu soal integrity.
Tapi. kalau pada mahasiswa, pelajaran anda itu lah PRIORITY.
Dan. Pada saya sebagai mahasiswa muda-muda belia macam anda, belajar lah dulu. Usaha bagi dapat segulung ijazah atau sarjana atau ke doktor falsafah.
Bekerja dulu bagus-bagus. barulah masa itu rasa nak menuntut apa-pun orang macam tak bising sangat. Sebab sudah ada platform kukuh. Belajar pun belum habis....maka. jangan sia-siakan peluang.
Susah masa depan nanti.
apa yg nak komen pasal nih ialah....
memang konsep orang berhutang perlu langsaikan hutang.....
tp yang amat tidak puas hati ialah... bila hutang TAJUDIN dilupuskan begitu sahaja... tetapi hutang ptptn nih dikenekan dengan cukai yang tinggi... dan dianggap macam pesalah jenahayah.....
jangan lah ada pilih kasih dalam hal sebegini......
itu yg menyebabkan orang marah.....
lain2 tu.. no komen..
Sesiapapun mnjd KERAJAAN wajib menjaga kebajikan rakyat, menyediakan kemudahan Pendidikan, kesihatan dll. Ia disediakan bukan melalui duit poket pemerintah, tp pendapatan negara yg bersumberkan pelbagai cukai yg diletakkan atas rakyat, sumber bumi dll. Hakikatnya yg menjadi pemerintah itu gajinya duit rakyat. Hospital, sekolah kerajaan yg kamu sebut itu milik rakyat bukan milik pemerintah. Jd, rakyat berhak menegur pemerintah yg dipilih menjadi kerajaan. Skrg, pemerintah yg dilantik seolah2 keliru bhw mereka kerajaan selama2nya shg menjadikan mereka ego, angkuh. Bila rakyat menyuarakan ketidakpuasan atas ketidakadilan, 'kezaliman' (sila faham makna kezaliman ya) Pemerintah skrg mencanangkan bhw KERAJAAN HENDAK DIGULINGKAN. Membantah bukan bermakna menggulingkan. Sekiranya rakyat tidak berpuashati trhdp perkhidmatan pemerintah yg menjadi KERAJAAN, rakyat berhak menukarnya. Maknanya, semua parti boleh menjadi kerajaan. Rakyat hanya membenci perlakuan 'zalim' pemerintah yg menganggap mereka
kerajaan selamanya sehingga mengenepikan segala
keluhan rakyat. Berhentilah mengungkapkan "kalau tidak suka kerajaan, kenapa guna hospital kerajaan" ia lawak bodoh, bukan tahap IQ seorang guru... Ia milik rakyat. Berapa ramai pemerintah skrg dapat bezakan duit kerajaan dengan duit parti sendiri? Sangat sedih melihat umat Islam tidak dapat membezakan harta milik sendiri dengan harta yg DIAMANAHKAN oleh rakyat. Pemerintah spt ini terus bermaharajalela kerana ada pemikiran "bersyukurlah... berterima kasihlah atas kemajuan dibawa kerajaan... kamu masih boleh bernafas dengan aman... bandinglah dgn negara yg lebih teruk, miskin" Ia ayat org yg rasa selesa dgn hidup sendiri tanpa meletakkan diri dalam situasi org lain. coretan seorg sahabat "kalau ular Sawa yg baru menelan seekor babi, kekenyangan bermalas-malasan, mempersoalkan kenapa kerbau terpekik2 memanggil anak2nya riuh sehutan. Mempersoalkan kenapa tiung berdetung mencipta bingit... Ular sawa yang selesa kekenyangan mengatakan "apa bodohnya kerbau dan tiung ni, hiduplah secara aman, aku nak tidur pun tak boleh... Sepatutnya ular sawa itu selidik dulu apa yg berlaku, hakikatnya ibu kerbau nampak kelibat Sang Belang, demi menyelamatkan anak2nya, riuh dia memanggil, tiung turut memberi amaran membantu" Jika ular sawa tidak mahu membantu, fahamilah situasi.
Jgn krn sudah rasa selesa kita membodohkan tindakan
orang lain. Sekurang-kurangnya orang lain melakukan sesuatu menyedarkan pemerintah kita daripada terus ralit di tampuk kuasa... sedangkan kita?
Segala kebaikan, jasa, keadilan, kebajikan yg disediakan oleh pihak yg mnjd kerajaan pasti disyukuri. Terima Kasih. teguran, bantahan bukan bermakna menggulingkan kerajaan. Namun, adakah sekiranya orang itu pernah berjasa kepada kita, maka segala kesalahannya kita maafkan? Pemerintah pasti berjasa kepada rakyat, maka rakyat tidak boleh persoalkan
kesilapan, kezaliman pemerintah lakukan? Walau pemerintah tersasar, rakyat perlu terus akur, menerima
seadanya tanpa melakukan apa2?. tdk boleh ambil apa2
tndkn sbb jasanya? pelik! cth mudah sorg bapa memelihara anak gadisnya hgga dewasa. Namun, satu ketika dia tersasar & merogol anaknya. Adakah sianak perlu terus mendiamkan diri, hidup dengan aman, kenanglah jasa bapa menjaganya? hakikatnya, yg salah tetap perlu diperbetulkan, diambil tindakan... bukan menghalalkan segalanya atas jasa terdahulu...
Err sudah habis bayar PTPTN@ sdg membayar? Sudah buat pengiraan? anda sdg membayar caj pentadbiran @ sdg membayar hutang? Sejujurnya, saya tlh selesai mbyr PTPTN dgn kadar RIBA yg lama, namun saya menyokong dihapuskan PTPTN dan digantikan dgn sistem yg lebih adil, tidak zalim. Saya harap kamu faham beza pinjaman untuk Pendidikan dengan pinjaman utk tujuan yg lain...
"kalau Saya perlu tunggu masa bekerja untuk protes kezaliman ini, apa pula nasib anak cucu saya... Adakah dgn menuntut keadilan, keputusan peperiksaan seseor
kacau bilau? Allah yg menentukan segalanya... Insyaallah pemerintah adil, kemakmuran bertambah...
saya tercari-cari dimanakah ayat saya tentang:
"kalau tidak suka kerajaan, kenapa guna hospital kerajaan"
tidak pulak saya mengenepikan hak siapa-siapa tentang menikmati kemajuan kerajaan.
cuma mungkin sesetengah orang yang tidak tahu erti syukur pada Tuhan yang tidak nampak apa-apa kemajuan pada negara ini.
pada mata yang selalu membangkang adalah semuanya tidak ada apa kebaikan mungkin?
biasalah, sekiranya siapa-siapa menjadi ketua kerajaan ataupun daripada pihak satu lagi, adakah dia yang anda taksub menyokong itu benar-benar telus orangnya?
lazimnya siapa yang berada diatas, mudah benar ditempelak cara memerintah. zalimnya kerajaan, itu ini nampak rabak..sedangkan hari-hari boleh berasa aman dan menikmati kemajuan..
adakah pemimpin yang dikagumi sesetengah orang di sebelah sana itu betul-betul suci dari sebarang korup dan pembahagian sulit harta kerajaan? dan kecundang pula di tengah jalan. seeloknya bermuhasabah juga sama-sama.
patut lah membaca sebuah buku bertajuk selamatkan Johor oleh Dato Onn.
saaat dia mahu mengubah kerajaan johor yang ditentangnya seketika..cara outspoken tidak berjalan baik, bagaimana pulak dengan cara berhemah..ada banyak cara menegur kerajaan daripada melakukan perkara yang merosak diri, meletakkan sesuatu dengan teruk..dan merosakkan imej kesemuanya..
biasalah juga gajah didepan mata tidak lah ia nampak..tapi kuman di seberang laut boleh diteliti baik..
dasar pemalas mahu berusaha lebih, semua perkara sebolehnya mahu percuma-percuma. mahu ditolong-tolong.
jika beginilah asasnya sesebuah negara, boleh bankrupsi semua hasil..
coba saja-saja anda bermain game sim city..boleh mecuba menjadi dato bandar disesebuah kerajaan. bagaimanakah mahu membangunkan kerajaan. dan fikirkan hasil mahu membangunkan kerajaan. dan fikirkan pula bagaimana mahu mengimarahkan rakyat dengan kemajuan dan pendapatan baik..
melihat corak pemerintahan disitu secara kecil pun sudah boleh merasakan tanggungjawab sesiapa-siapa yang menjadi pemerintah..dan, semasa itu boleh lah siapa-siapa pun bercakap soal zalim dan soal harta kerajaan..ketidak adilan dan sebagainya yang jelek..
setiap orang ada pendapat..
dan..
setiap dari kita juga..janganlah tidak nampak kemakmuran
tidak nampak kemajuan
tidak nampak kebaikan yang ada..
dan..para pelajar lazimnya..mungkin bila membeli kereta..dia reti hargai dan nampak fizikal kereta..jadi dia tidak lah kesah akan BLR dan BFR bank tetapkan..
tetapi soal pendidikan..ia adalah ilmu..dengan pinjaman pendidikan yang ada itu tidak lah berasa dihargai..sebab faedah dia memperoleh pinjaman pendidikan itu dia tida nampak...cuma boleh rasa..dan bila selesai dibelanjakan kesemuanya..perasaan itu pun hilang..cuma boleh melihat meterial..tidak nampak faedah hidup dan ilmu yang diperoleh hasil pinjaman pendidikan yang diberi..
.saya rasa perbincangan ini tidak pernah habis dan tamat.
terpulang pada masing-masing mahu bagaimana..
wassalam..
Post a Comment