...sekolah kehidupan..

Saturday, May 5, 2012

Naik atas. Hunjur kaki.




 

Selamat malam. Selamat berhujung minggu.
Lamanya tidak menulis. Uh. Saya sebok. Tidak menahan.
Hey. Bulan Mei ini musim peperiksaan. Setiap pelajar saya sedang peperiksaan. Maka. lengang. Tunggu masa mahu menanda kertas peperiksaan sahaja.
Titik.
......
Sabtu ini saya membuat makan-makan. Memasak nasik ayam secara berduet di tolong encik suami. Menjemput dalam enam tujuh belas pelajar saya datang kerumah. Pelajar tingkatan empat saya. yang sederhana hidup dan susah dalam hidup. Saya memberi kelas tambahan percuma pada pelajar ini setiap khamis. Untung hati mahu kan pelajaran walaupun kelas agak terkebelakang.

Tapi tidak apalah. Asal mahu belajar. saya sedia mencurah ilmu.
Kadang-kadang. Sudahlah kelas bongok.Hidup semekin pulak. Ye dak? Hati tidak mahu belajar ilmu pulak. Itu bikin parah. Tak ada mahu ubah apa-apa.
Tapi. bila sudah berasa lemah belajar dan mahu pulak diajar. Saya sudah bersyukur banyak. Berjumpa dan mengajar budak seperti ini.
Sajalah berkenduri dan memberi sedikit sedekah menggembirakan hati pelajar saya.
Titik.
.......
Malam khamis. Saya ke pasar. Membeli keperluan untuk berkenduri. Bila sebut berkenduri. Musti ayam tiga empat ekor. Sebab menu nasik ayam. Kemudian. Saya membeli buah-buahan. Sebab saya suka betik. Maka tiga empat biji betik. Kemudian. Beras empat lima kilo. Kemudian sayur mayur bagai.
Kenapa?
Itu tanda semuanya berat. Berkilo-kilo jugak.
Saja cerita yang berat-berat dulu.
Sampai saja depan kondominium. Tengok tiga empat orang melepak di laman bawah. Hati tak ada syak wasangka apakah.

Kemudian.
Bila keluarkan semua mak nenek dari kereta. Mengangkut saya bersama encik suami. Nasib baik bawak troli kecil. Mahu naik atas. Tingkat 14 nu. Di puncak sana.
Jiran tetangga kata:
"lif tak ada eletrik. HAHAHA. "
Hu?

Huwaaaaaaaaaaaaaaa!

Patut lah ramai benor di bawah ni ha. Menalipon pak guard bertanyakan kabar maintenance. Bila nak mai perbaik lif ni ha.
Dari jam 9.30 sampai 10.30 malam belum muncul. Hati saya sudah panas-panas.
Akhir sekali. Saya dan encik suami panjat tangga. HuHu.
Begitulah kesahnya hidup dalam rumah bertingkat-tingkat. Dan bila saat dok panjat tangga. Hati macam dok mengomel.

"Tak sabarnya nak pindah rumah baru".
" Tak sabarnya nak pindah rumah baru".
"Tak sabarnya nak pindah rumah baru".

Naik atas. Hunjur kaki. Renggangkan otot. Dan tenangkan kaki. HAHA.
Dan. Jam sebelas lebih. Baru lif okay semula. Ish! masa haku tunggu kau tak datang baiki.
Titik.
.....
Itu saja.
Tamat.




 

2 comments :

Anonymous said...

itu juga dikira musibah... anggaplah dan setiap musibah itu ada ganjaran nye... moga ALLAH menghapuskan dosa2 kecik yg dilakukan oleh kaki kita yg kita tak perasan...

selamat utk kamu....

pensil iman said...

semoga-semoga dosa kecil kita dihapuskan..insyaAllah..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?