[pelajar saya menghadiahkan potret saya pada hari guru. tapi saya rasa macam ada yang tidak kena. sebab taik lalat saya yang di pipi itu dia lukis sebelah kanan. saya pulak sebelah kiri. saya anggap sajalah saya orang diatas tu walaupun salah taik lalat. HAHHA]
Jurnal ini catatannya panjang. Jangan anda baca jika anda mengantuk. Ia bikin parah.
......
Ia halus dan tersentuh.
Selamat Hari Guru untuk semua warga guru. Dan untuk semua guru saya daripada tadika sampailah sekolah menengah. Awat tak sampai university? Okaylah. Tidak lah saya boleh lupa. Selamat hari guru pada semua para pensyarah saya juga. HaHa.
Disaat kegelapan
rela aku berkorban
Demi satu harapan
Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini
dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh
terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh
Tengok baris ayat kat atas. Saya cukup terasa jasa guru terhadap saya. menjadikan saya begini dan begitu. Saya terharu. Terima kaseh cikgu. Lagu ini masa manyanyi tadi. Buat hati rasa nak berteriak. Sedih dan sebak.
....
Zaman ada hingus dan berak maseh mak cebok
Saya berasa tahap susah mendidik anak didik adalah digalas pada bahu sekolah terawal kita. Masa tadika mungkin tidak berapa tertekan. Sebab kecik kemetot lagi. cikgu ajar ABC, mewarna, bermain, mengira.
Asal kita kenal huruf dan boleh eja perkataan mudah. Itu kira berjaya. Dan mengajar kita doa makan, doa tidur, doa masuk tandas, doa keluar tandas, doa buka puasa. Dan hati suci kita masa kenit-kenit itu mudahnya menerima ilmu dengan banyak sesuai dengan peringkat umur.
Masa itu. seronok. kecik lagi dan tidak ada masalah sosial mengganggu fikiran dan hati bersih putih menerima ilmu. Semua boleh di ajar-ajar dan diterima-terima.
Habis kuat masa itu cikgu terima cabaran kalau ada pelajar berak dalam kelas atau berak tidak reti cebok. Selebihnya bising dan suka main. Itu lah zaman kenit kita.
Paling saya ingat adalah ustazah salmah dan mak lang. Dua saja tenaga pengajar yang mengajar masa di tadika itu. tadika itu pun masa itu belum ada bangunan sendiri dan menumpang di ruang atas rumah seorang hamba Allah. Sebab ruang atas rumah itu luas.
......
Masa zaman dok mengeja –eja.
Masuk darjah satu sehingga enam. Cabaran guru banyak. Dengan hingus selopiang di hidung dan pipi. Pelajar sekolah rendah kadang-kadang bukan reti jaga soalah kebersihan. Haha. Betul lah zaman itu.
Dan. Ketidakmatangan kita itu sebenarnya adalah satu kesusahan pada guru. Dan guru masa itu harusnya lah menangani masalah buta huruf pelajar dan meningkatkan pula kadar literasi membaca pelajar. [kita lah itu masa darjah-darjah ye dak?]
Ajar eja. Saya.
Ajar eja seluar.
Ajar eja almari.
Ajar eja buku.
Ajar bahasa inggeris. Yang ada tulis. Good morning. Good Afternoon. Good Night.
Ajar My name is ana, My mother name is siti Fatimah. My father name is Ali.
Ha. Ajar dari permulaan permulaan ajar.
Payah tahu.
Ajar semuanya. Ajar eja dulu.
Ajar tambah. Ajar darab. Ajar sifir. Ajar bahagi. Ajar tulis jawi.
Itu sikit.
Naik besar sikit. Ajar yang besar sikit lah. kalau darab. Darab nombor besar-besar lah sikit. Bahagi pun sama. Sfir pulak masa itu kena hafal sampai sifir tiga belas. Hafal bukan main. Kalau tak dapat jawab satu. Cikgu rotan satu. Cikgu Abdul Rani. Saya masih ingat dia.
Kalau matematik salah kira satu. Dia rotan satu. Kalau sifir pulak. Dia suka tanya cepat-cepat. Maka kadar cekap tu kena tinggi. Kalau tidak cekap. Rotan akan diguna bergantung berapa banyak salah.
Ah.
Mungkin pelajaran muzik ja kot yang saya bodo. Orang buleh dapat A. Saya buleh dapat B saja. Cikgu yang ajar muzik masa darjah empat. Cikgu Chuan. Saya tidak reti main rekorder. Memang Tuhan tak bagi sangat saya ke hala-hala hiburan muzik ni. Lagha. HAHHAHA. Memang tak reti.
Tapi. kalau darjah satu, dua atau tiga senang. Tulis lagu. Atas ruang tu kena lukis. Lagu pulak mudah-mudah. Kereta keceil warna merah lah. lagu tajuk buah betik lah. Tajuk Bunga Matahari lah. senang.
Tak amcam masa arjah empat, lima dan enam.
Cikgu bahasa Melayu saya cikgu Aziz mengajar saya dari darjah empat sampai darjah enam. Ohoi. Ajar buat surat. Ajar bina ayat. Masa itu ilmu masuk dalam kepala. Gedebuk gedebuk. Dan arwah sir baharudin pulak mengajar Bahasa Inggeris. Juga cikgu kelas saya masa darjah satu.
Masih segar dalam ingatan saya. saat darjah satu. Ialah masih hijau dan hingus. Masuk sekolah baru satu hari dua. Dia cikgu jantan. Jaga anak-anak kecik darjah satu. Ada satu kawan budak laki-laki menangis sebab ayah dia sudah balik tidak lah meneman dia di luar kelas. Meraung kuat.
Apa yang Sir Baharudin buat adalah. Tidak pula direti pujuk. Dia berpura bersilat di depan. HAHA. Dan budak itu diam.
Tengok? ha itu cabaran memujuk. Dan Sir Baha juga bermain psikologi.
Ada lagi satu budak suka menangis dalam kelas. Cikgu menempatkan dia dalam kumpulan C tidak dalam kumpulan A. Sebab dia tidak berapa pandai. Maka. dia menangis mahu duduk dalam kumpulan A.
Apa yang cikgu buat adalah bermain psikologi.
Dia suruh dua tiga budak yang kumpulan A duduk di tempat kumpulan D. Yang kumpulan C itu di panggilnya duduk di tempat kumpulan A. Budak yang mahu duduk kumpulan A itu meraung lagi. cikgu tanya kenapa?
Dia kata dia mahukan pelajar yang dari kumpulan A yang berpindah di kumpulan D itu duduk bersama-samanya.
Cikgu main psikologi lagi.
Dia ubah saya seorang duduk kumpulan D. Saya pergi. Tidak pula menangis. Dan dia lihat saya tidak menangis. [mungkin tidak berasa tercabar] lalu dia panggil saya balik duduk kumpulan A.
Lalu. Dia suruh kawan saya pergi duduk kumpulan D. Kawan saya menangis sebab tidak mahu. Nampak? Jiwa budak masih rapuh.
Yang kawan dari kumpulan C itu tetap cikgu suruh duduk dalam kumpulan dia. Saja cikgu main tukar-tukar nak melihat minda dan tabahnya hati budak masa itu.
Ish.
Sebab saya mengajar budak besar-besar. Bila kena mengajar sekolah rendah masa buat ROS satu [ latihan masa cuti perlu dua minggu berada dan mengajar di sekolah rendah sebelum ROS 2 di sekolah menengah]
Saya tidak berapa tahan dengan karenah budak kecik yang tidak berapa matang banyak.
Lalu saya membuat kesimpulan begini. Sebab saya adalah guru. Saya berasa guru sekolah rendah lagi tercabar kesabarannya berbanding saya. sebab jiwa saya adalah mengajar budak besar dan berbelas-belas umur.
.....
hadiah anak murid saya. selungguk atas meja. saya tidak lah harap hadiah apa. saya mahu dia berjaya saja. dan saya mahu dia juga berakhlak baik dan mulia.
Dunia suara garau
Di sekolah bagi budak kecik melangkah dunia menengah. Cabaran terhadap kurang ajarnya budak mahu menjadi dewasa.
Dia rasa dia sudah membesar banyak. suara mula pecah dan garau besar. Kumis mulai tumbuh dan bulu kaki serta semua bulu mula ada. Dah namanya mahu menginjak berbelas-belas umur ye dak?
Saat ini saya kadangkala merasa perit dan berjuta malah bukan berjuta ber ber ber yang tidak terhitung kesabaran saya menggunung dalam mengepung untuk balik kepada jati diri sempurna.
Masa ini pelajar mulai merokok dan terdedah pada banyak gejala sosial tak boleh blah.
Hati tidak lagi bersih macam saat kita kecik kenit dan saat sekolah rendah loko loko pakai tudung pun senget. Masih tidak reti melawa dan jerawat tak ada satu pun tumbuh tanda tak gatal dan tanda hormon wanita atau hormone laki-laki mulai mencanak naik.
Ini lah dia budak menengah yang cikgu dan cikgi sedang membendung dan mula mengheret balik ke jalan yang lurus kalau sudah terpesong. Menegpung kadar ponteng satu hal kalau sekolah harian. Ye dak?
Kualiti akademik juga mahu di kaup. Kualiti sahsiah dan akhlak juga mahu di kaup. Masa sekarang tidak lah sama macam zaman kita di sekolah menengah.
Kadar rajin kita dan kadar hortmat kita pada guru setinggi gunung kinabalu. Kadar mahu menimba ilmu kita tidak boleh diukur-ukur. Sebab pada zaman kita zaman bukan pesat macam ini. kita tidak ada cabaran banyak.
Zaman kita yang bila kita kena rotan dengan cikgu balik rumah kalau bagitahu encik ayah kita, dia sekali lagi balun kita dengan rotan tanda dia percaya guru dan tahu salah kita. tidak pula dia membela kita.
Zaman sekarang zaman anak terlalu manja dan mahu semuanya di suap-suap. Ilmu kadang-kadang sudah suap sampai ke mulut. Tapi tidak mahu pulak dia mengunyah dan menelannya untuk kenyang. Sehingga ke tahap itu mahu mengibaratkan kadar usaha anak murid kita sekarang.
Kemudian. Zaman menengah ini guru terutamanya boleh stress tahap tak boleh blah juga. tidak menahan jika dia tidak reti urus perasaan dan penat kerja.
.............
Yang menempelak silalah tampil relakan diri
Dan saya boleh mendengar orang yang tidak bekerja sebagai guru menempelak guru dengan mengatakan kerja ini sangat kacang dan mudah. Berani saja saya mencabar dia datang mengajar dalam tempoh satu bulan.
Dan mahu lah saya buat dia rasa bagaimana berjumpa manusia yang berlainan latar belakang. Ada yang setinggan. Ada sederhana. Ada kaya raya. Ada bahagia. Adakeluarga berkecai-kecai. Ada yang bermasalah teruk. Ada yang tidak serupa budak. Ada yang Tidak serupa orang.
Jadi dalam jumlah begini:
Lapan kelas. Satu kelas ada empat puluh murid. Jadi jumlahnya adalah tiga ratus dua puluh murid.
Kemudian. Dalam satu minggu perlu masuk kelas dua kali. Satu kali masanya adalah satu jam. Satu kali lagi adalah 40 minit.
Maka. saya mahu dia bentuk pelajar yang berjumlah tiga ratus dua puluh itu supaya mendengar katanya.
Maka. saya mahu dia bentuk pelajar itu mendapat peratusan baik dalam subjeknya.
Maka. saya mahu dia bentuk pelajar itu tidak melawannya.
Maka. saya mahu dia bentuk pelajar itu baik akhlaknya.
Maka. saya mahu dia tahu semua latarbelakang pelajar.
Maka. silalah dia menjadi baik-baik. Baik akhlak. Baik akademik. Baik jati diri dan sahsiah.
Silalah dulu. Kemudian. Baru boleh bercakap banyak.
Dan. Soal tugas pengkeranian yang menanti itu juga sila selesaikan mengikut dateline yang betul.
Dan saat menengah ini lah mahu cikgu-cikgu kepung supaya ada jati diri baik. Akademik baik. Sebelum melepas jauh ke dunia kolej. Dunia university. Dunia belajar tak ada baju uniform sekolah. dunia tak ada masuk kelas jam 7.30 pagi. Dunia rehat jam 10.25pagi. dan dunia baliks ekolah jam 1.10 petang.
.....
Zaman fikir sendiri
Sebab itu saya kata. Cabaran mendidik tidak banyak letak pada para pensyarah. [ai marah pulak pensyarahh pada saya nanti] sebab masa itu budak yang masuk university sudah sendiri tahu akibat. Kalau tak datang kelas. Kena apa?
Kalau tidak buat esaimen. Kena apa?
Kalau asyik ponteng saya. kalau tak datang ambil periksa. Kena apa?
Masa itu dia sendiri sudah tahu akibat. Tidak macam di sekolah. semua nya perlu ditegur-tegur. Di panggil-panggil. Di pujuk-pujuk.
Dan. Tugas menjaga akademik tergalas pada bahu pensyarah. Bab menjaga sahsiah dan jati diri adalah tanggungjawab diri pelajar sendiri. Mahu bagaimana dan bagaimana.
Anda hanyut, anda tanggung.
Anda tidak hanyut. Anda berada di landasan betul. Anda terima semua faedah baik.
.....
Lagu paling sedap yang saya suka
Jadi. Lagu kegemaran saya dari pada dulu sehingga sekarang adalah memang lagu "kami guru Malaysia" HAHAHA.
Dulu masa saya bersekolah menengah, suka benar saya melihat guru-guru saya menyanyikan lagu itu. payah nak tengok cikgu-cikgu buat persembahan. Cuma boleh tengok pada hari guru. Tengok depa bersemangat nyanyi.
Hari ini. saya rasa. Saya pulak yang menyanyi. Dan saya rasa boleh dah rasa apa yang cikgu saya rasa pada masa itu. Bila ada lagu baru yang bertajuk yang diperkenalkan sejak tahun-tahun kebelakang ini. saya terkesan pada liriknya yang halus.
Saya sajikan disini.
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling
Dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan
rela aku berkorban
Demi satu harapan
Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini
dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh
terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh
Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan
setiap pemberian
Demi satu ikatan
Keikhlasan dihati
Walaupun sering kau ragui
Pada suatu masa
dan suatu ketika
Akan ketara jua
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian
saat kau kegelapan
Kurela menerangkan
Aku senang begini
dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri
pelajar saya yang seorang ini. ada banyak kisah. dan dia memilih untuk menjadi baik-baik. saya bersyukur banyak.
masa nak ambil gambar dengan saya. dia bergurau dengan pertanyaan ini "ada orang marah tak ambil gambar dengan dia"
(dia ingat saya belum kahwen) gatal. HAHA
selamat hari guru. Saya sentiasa menanti hari ini disetiap tahun. Sebab saya nak menyanyi dengan penuh semangat. Saya suka.
p/s: terutamanya selamat hari guru pada encik ayah dan puan emak. Mengajar saya adik beradik membaca dan kenal hruruf al quran sampai lapan Sembilan kali qatam. Kecik-kecik tadika sudah dua kali qatam kami semua. Airtangan encik ayah dan emak. Terima kasih sebab jadi ustaz dan uztazah kami dan pada semua orang.





3 comments :
moga ALLAH memebrkati semua guru².. termasuk le cikgu iman.... huhuhuh
jasa mereka tidak dapat dibalas..... cuma doa je la yg mampu ...
selamat hari guru utk cikgu iman....
slmt ari guru cikgu iman maaf kelewatan sehari...
tahi lalat tu mahal......
terima kaseh pada pokcik n uci..
ya uci..satu anugerah..taik lalat itu mahal..hiihi
Post a Comment