Selamat pagi.
Melihat hasil batik yang dilukis oleh orang Terengganu hati rasa unik. Hasil tradisional penduduk kampung di komersialkan menjadi satu ekonomi yang lumayan. Cuma saya tidak diberi bakat boleh melukis dengan baik.
Dalam keluarga. Puan emak sangat pandai melukis. Kakak besar kedua dan ketiga saya sangat pandai melukis. Adik laki-laki besar saya juga sangat pandai melukis. Yang lain-lain bukan tidak boleh melukis. Boleh. Cuma tidak lah secantik yang lain-lain. Saya cuma boleh melakar setakat kartun bodo dan comel lah sikit-sikit. (HAHA). Tak nak kalah nak mengaku juga ada darah seni lukis puan emak. HAHAHAH.
.....
Masa kecik-kecik. Zaman darjah-darjah.
Pelajaran muzik bukankah menggunakan buku yang ada bahagian kosong diatas dan di bawah baru ada garis-garis untuk tulis separuh. Bila cikgu ajar satu-satu lagu. Lirik lagu tulis di bahagian bergaris. Yang bahagian kosong itu kena lukis. Lukisan pulak yang sesuai dengan lagu itu.
Hai. Pulun melukis nak yang cantik-cantik.
Yang menolong lukis adalah kakak besar ketiga saya. hai. Cantiknya dia lukis. Suka bukan kepalang. Masa itu datang sekolah kena masa muzik. Apa lagi menayang lah lukisan kita tu pada kawan-kawan. HAHA. [nak cari pasal saja]
Kemudian.
Bila bergaduh dengan kakak, dia ugut nak padam lukisan yang dia lukis dalam buku muzik. Jahat jugak idea dia itu. apa lagi menangis lah kita ye dak?
.....
Itu satu hal.
Masa subjek lukisan. Cikgu bagi satu kertas lukisan besar. Melukis. Siap bagi tajuk. Kakak ke tiga jugak yang menolong kita lukis. Lukisan cantik sohih cikgu ambil tampal di bahagian belakang kelas. Ada ruangan karya pelajar disitu. Hai. Senyum simpul tengok lukisan kita melekat di sana.
Seronok.
Kemudian. Ada kawan dengki.
Dia suruh kita lukis semula macam yang ada di lukisan itu. untuk membuktikan yang kitalah pelukisnya. Apa lagi. tiru sajalah lukisan yang sedia ada walau macamana. Tak dan nak lukis habis. Masa cikgu pun habis. Maka lukisan tadi pun tidak sempat siap. selamat!
Dalam hati cakap. Nasib baik masa tamat. HAHAHHAHAHAH.
Nak ketawa.
......
Masa di university antara saya dan kawan-kawan, kadar reti lukis saya adalah lebih sikit lah dari tangan kayu yang lainnya. HiHi.
Dan. Memperoleh encik suami yang pandai melukis juga. saya kalau nak lawan dengan dia. Saya kalah banyak lah. ye dak?
Lukis ini macam-macam jenis. Lukis potret. Memang saya kalah.
Lukis pemandangan. Orang lain menang juga. saya kalah.
Saya lukis kartun saja.
Apa kena pergi cerita pasal lukis-lukis pulak ni ye dak?
Tak ada apa.
Penangan semalam pergi tengok kiosk-kiosk orang Terengganu menjual batik. Cantik.

2 comments :
pernah juga melukis.... lps tu ada org tanya...
nih gambo ape....
pakcik jawab.. nih gambo lembu.....
oo ye ke... tapi aku tgk macam ubi kayu.....
huhuhuhuhu
hahahahha..
melampau benor lukis lembu nampak mcm ubi kayu..
hahha..lucu lah pokcik ni..hu
Post a Comment