Solo dan doa Selamat petang. Saya sedang bersolo di rumah. Encik suami sedang berout station di kuala lumpur. Petang sabtu baru balik kemari. Tidak pulak saya celapak pergi rumah puan ibu mertua. entah. Hati belum lagi berasa gerun dan takut tinggal di rumah seorang diri. Sebab. Otak sedang fikir. Nanti malam nak basuh baju. Nak print out latihan budak. Nak melipat baju. Dan. Esok masa sabtu ada kelas tuisyen. Maka. rela bersolo sekejap. Janji kerja boleh beres. Tunggulah. kalau malam sekejap lagi saya mungkin akan jadi penakut sikit. Akan saya kemas kain baju menderu bawa kereta ke rumah puan ibu mertua. Satu saja saya berdoa pada tuhan. Semoga tidak berlaku blackout. Sebab saya tidak ada sebatang lilin pun. ini kan bikin parah dan punah hati? Melihat gelap boleh bikin hati penasaran. Ye dak? Dan semoga saya selamat sejahtera dalam rumah. ...... Turut dan doa Ada orang kalau dalam kerja suka benar kalau kita menurut kata dia sahaja. Sedang semua kerja yang dibahagi ada jalan kerja dan pendapat sendiri. Tapi. kadang-kadang kalau diturut-turut sangat prinsip kerja kita pulak tidak terbuat. Dan ada pula yang suka meletakkan dia dihadapan tanpa mahu melihat pendapat dan cara kerja yang lain. Kemudian akan di kawalnya semua seolah hak kita juga hak dia. Ah. Parah. Saya macam serba salah. Dan Cuma boleh berdoa ini: "Ya Allah, satukan lah hati kami dan perbaikilah hubungan diantara kami" Semoga kerja menjadi baik-baik dan hubungan rakan sekerja menjadi bagus tidak ada banyak percanggahan pendapat. ...... Bliss dan yakult. Minum yogurt bliss sedap. Sedap untuk perut yang sedang tidak baik. Tidak lawas dan tidak mahu berak. HAHA. Saya bukan wakil cakap minuman bliss. Saja saya tulis. Kemerapuan ini tercetus bila saya rasa bliss sangat memahami perasaan lidah yang tidak berselera terhadap makanan lain. Maka. air bliss atau yakult sangat memberi erti besar. Teringat pada anak buah saya. anak kakak besar yang kedua. Anak dia yang perempuan sungguhpun belum sampai umur setahun. Mungkin masa itu baru 10 hingga 11 bulan. Suka benar minum yakult. Kalau mak dia bagi minum, tidak mahu dia berkongsi dengan si abang. Si abang pulak rela berkongsi. Si adik akan minum sampai habis bila kena turn dia. Malah. Kalau terdengar perkataan yakult, terus saja dia mahukan yakult. Menarik tangan si mama menuju peti sejuk. Jadi. Bila si mama menawarkan yakult pada si abang yang belum menjamah atau menyuruh si abang ipar untuk membeli yakult, rela dia mencipta sesuatu nama untuk menngambarkan yakult. Sebab takut anak perempuan dia dengar dan akan minta lagi yakult. Contoh nama yakult diberinya nono. [contohnya lah] "abang wafiy ambilkan nono dalam peti, pergi minum kat sana takut adik nampak" Maka. si adik ni pun tidak apa. Tidak tahu yang "nono" itu adalah yakult. Coba sebut YAKULT. Sohih dia meraung nak jugak walaupun sudah minum satu botol tadi. Ah. Budak. p/s: saya dalam keadaan serba salah.
Friday, May 11, 2012
Solo, Turut, dan Yakult.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

0 comments :
Post a Comment