Selamat malam. Esok kerja. Maka. Biasalah Monday morning. Mood kena kemas-kemas. Kalau tidak kemas hati boleh terbalik-balik.
..........
Banyak cerita saya simpan.Air mata saya bertitik-titik. Menitik jatuh dengan banyak..satu.
Suara merdu ustazah.
Ia tentang jumaat lalu. Mendengar ustazah baca surah Yassin pada pagi jumaat kebiasaan aktiviti pagi jumaat di sekolah. Hati berasa sedih dan sayu. Teringat pada mak dan ayah.
Membaca bersama-sama seolah mengingat didikan puan emak dan encik ayah.Ah. Susah mahu cakap. Ia soal rindu pada orang tua.
Begini rasanya seksa teringat pada mak dan ayah kita. Boleh menangis dan tersedu sendiri..............
Dua.Benci.
Saya malam ini. Terasa mahu meloncat balik. Meninggalkan segala ruang sibuk kerja. Saya mahu balik. Balik. Tapi. Bagaimana mungkin.
Ruang sibuk dan penuh aktiviti kerja kadangkala buat hati mahu balik. Mahu udara yang lain. Dan mahu situasi yang lain. Saya mahu balik. Jauh dari sibuk sang kota. Mula benci melihat simpang siur jalan dan kereta. Dan melihat segala bangunan batu tinggi dan merata.Saya mahu kan sesuatu yang damai dan hijau. Dan melihat kedut muka orang tua saya. Wajah cinta saya.
Hati macam disiat pisau. Pedih dan sedih. Memang terasa mahu balik.
............Tiga.
Mimpi tidak bagus.
Saya mimpi tidak bagus. Menangis saya dalam mimpi. Mimpi tidak enak itu menyentap seharian tugas saya. Dalam mimpi saya kehilangan ayah. Sehingga bangun pagi saya masih bertanya adakah saya masih ada ayah? Ayah saya masih adakah sekarang atau sudah tiada?
Terasa bangun pagi air mata masih ada.
Buka mata dan berfikir banyak. mandi. dan berbuat seperti biasa. sedang hati masih seperti dihiris cerita dalam mimpi.
Empat.
Terasa adik beradik jauh juga sama.
Menjenguk saya di blog adik saya. Melihat bait-bait ayat dia. Dan melihat wajah ayah mak. Sudah buat saya tersentap. Dia juga berasa seeprti saya. Rindu pada orang tua. Lagi lah ramah air mata saya.
Oh adik. Bila lah kita boleh berjumpa. Banyak nya kekangan masa.Dan. Air mata jatuh di meja dan keyboard laptop secara bertitik-titik.
Saya rindu.
Bulan mei ini mungkin.Akan saya minta encik suami pohon cuti.
Harap- ada rezeki.

0 comments :
Post a Comment