...sekolah kehidupan..

Tuesday, April 24, 2012

Bom jangka!


 

Selamat berhari selasa.

Sepertinya saya sibuk dengan tugas. Bukan sepertinya. Tapi sememangnya saya sibuk tidak menahan.

Baiklah. Mari cerita pasal sibuk seminit dua.

.....

Bila kita sangat banyak kerja tidak menahan. Hang tau. Nak mula yang mana dulu pun sudah tak tau dah. Kerja dok beratur menunggu kita minta diberi perhatian dan disiapkan.

Semua penting.

Last-last otak kita sampai collapse. Tidak tahu mahu mula apa yang dulu.

Jadi.

Duduk bersandar dikerusi. Mata pandang meja. Kerja dan buku menimbun.

Perasaan macam looser. Tidak tahu mahu ambil apa.

Lama-lama.

Buka computer. Catat disini pasal sibuknya kerja hari-hari.

Mood bercelaru.

Oh.

Tidak menahan.

Mula lah buat itu dan ini secara tidak kena.

Cuma boleh berdoa supaya Tuhan memberi ruang. Memberi jalan dan mempermudahkan urusan.

......

Bila kerja bersangkut paut dengan orang lain. Nak tunggu orang lain hantar dekat kita. memang becinta.

Lambat sungguh macam kalau boleh diibarat kan macam ini: menunggu dari mengandung satu bulan sampai bersalin. Ha. Baru dia boleh hantar kerja kat kita. baru siap masa itu.

Lama sungguh nak datang submit kerja.

Macamana ya?

Mahu saya membuat kajian. Tentang ketepatan masa.

......

Kalau lah ada kuasa.

Mahu saja saya cucuh bontot dia. Letak bom jangka. Kalau dia lambat saja hantar kerja. maka. bom jangka itu meletup.

Masa itu baru dia sedar dan rasa looser. Dia sudah melebihi limit masa yang ditetapkan.

Maka. kalau tak mahu meletup bontot. Sila lah buat kerja cepat.

Sebab boleh menjejaskan orang lain pula.

Urghhhh!!

2 comments :

Anonymous said...

biasa la.... perasaan..... byk kan selawat.... berdoa... insya ALLAh... ada jalan dan cara utk menyelesaikan nyee.....

jangan ribut²

Unknown said...

cikgu iman,klu mcm tu bykkkan beristigfar iya..10x je...pasti akan mudah...

make it more than practise...


iman dan ulam..begitu dasyat kah?