Selamat malam. Hari selasa yang berletih dan berkerja banyak. Maka esok boleh bersantai. Nasib baik esok hari pertabalan sultan. Maka. Meraikannya dalam bentuk bercuti. Ahai. Lega urat dan saraf kerja yang kerosot. ..... Ini pasal motivasi. Pernah anda rasa anda sedang berada di kemuncak kerja? atau pernah anda rasa berhijrah kepada sesuatu yang sangat menuntut anda berdikari dan matang secara banyak? Saya berasa ya. Tahap ini menjadikan saya matang sendiri. Berbuat kerja yang tidak pernah saya bikin. Dan mengenali orang sebanyak mungkin. Saat saya berasa hijrah saya ke bandar ini mengikuti encik suami adalah satu hijrah besar yang memberi banyak makna dan erti hidup yang betul-betul hidup. Kerja yang berpulas-pulas kadangkala sakit tapi Tuhan membuahkannya manis di hujung cerita. Insya Allah itu janjinya. Saya sentiasa percaya. Ayuh. Berkhidmatlah tanpa culas. Alhamdulillah. Rasa culas itu belum ada. .... Ini pasal cita-cita. Pernah anda berasa seperti mahu memberi sesuatu yang bermanfaat pada orang lain secara banyak? atau pernah anda berasa mahu ada kuasa mengubah sesuatu budak daripada kosong kepada mempunyai apa-apa? Saya berasa ya. Saya sentiasa mahu itu. saya bercita-cita mahu jadi orang yang bercakap ilmu. Maka Tuhan jadikan saya seorang cikgu. Alhamdulillah. Dan. Satu hari saya mahu memberi ceramah ilmu. Ewah. Ceramah Pas atau umno? Haha. Mengarut. Saya berkata pada encik suami. Tolong doakan saya. supaya ada suatu hari nanti di kemuncak kerjaya saya. Saya mahu memberi ceramah ilmu. Dan orang memanggil saya untuk memberi ceramah ilmu dalam bidang saya. Kita mesti sentiasa mahu menguasai sesuatu bidang menjadi mahir secara banyak. ye dak? itu cita-cita saya dari sekolah. Seakan saya mahu cepat sambung pengajian dalam bidang pedagogi. Saya suka itu. Alhamdulillah. Berasa seronok Tuhan bagi perasaaan nikmat kerja. ..... Ini pasal ketua. Pernah anda berasa anda sorang saja pi mai pi mai buat kerja? dan bila orang mengangkat anda menjadi ketua. Anda berasa aduhai payahnya mahu mengarah-ngarah orang dan membahagi tugas. Sebab anda muda. Maka. mahu bagaimana ya menyuruh orang sama-sama buat kerja. Oleh itu. lazimnya. Bila anda jadi ketua. Anda tidak ada daya memimpin. Cuma boleh buat kerja dengan cepat tanpa sebarang tangguh. Jadi. Semua tugas anda buat seorang diri secara laju dan mula berasa penat. ya ya sangat pernah. Tapi Tuhan sentiasa membantu anda dengan mengirim orang-orang yang baik hati yang sentiasa ada menolong anda. Ia sentiasa ada disekeliling anda meringankan kerja anda. Maka. jangan lupa berucap terima kasih pada semua. Alhamdulillah. ....... Ini pasal ucapan terima kasih Hari ini saya Cuma ada perkataan terima kasih. Terima kasih encik Azmi. Membantu saya menyediakan PA Sistem dan LCD Slide untuk orang yang saya jemput. [orang yang bertanggungjawab buat keroje ini menjadi tidak ada tanggungjawab] Terima kasih Faridah. Membantu saya meminjamkan laptop comel bagi mencuba projector. Dan menjadi pengerusi majlis untuk saya. Terima kasih Syikin. Membantu saya uruskan minum petang untuk tetamu yang saya jemput. Terima kasih Huda. Membantu saya menghantar extension pada Kak Salmi. Oh Terima Kasih pada Kak Salmi. Meminjamkan saya extension. Terima kasih kak Salwa. Mengajari saya membuat kertas kerja. Terima kasih kak Azah. Guru Kanan saya yang baik hati. Dan. Terima kasih pelajar Tingkatan Lima saya yang mendengar kata. Hadir dalam majlis ilmu teknik menjawab SPM yang cikgu adakan. Susah payah saya menjemput tetamu bagus dan berpengalaman banyak untuk mendedahkan anda dengan semuanya. Alhamdulillah. Semuanya berjalan baik.
Tuesday, April 10, 2012
Alhamdulillah.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

0 comments :
Post a Comment