...sekolah kehidupan..

Wednesday, April 18, 2012

Adakah saya mampu?

Sudah petang rabu. Esok khamis. Seronok. sebab jadual pada khamis agak lengang juga. dan sabtu ini persekolahan ganti. Ganti siap-siap untuk raya haji nanti. Baiklah. Saya menurut perintah.

Baiklah.

Sedang berehat. Dan mata macam mahu terpejam. Tapi dok tahan sebab mahu tengok cerita jam lima petang. Dong Yi. Cerita korea yang menyentuh sejarah korea abad 16. Seronok.

Maka. sedang memujuk mata supaya jangan manja dan tidur.

Sudah tengok dari youtube. Sebab tak sabar tunggu siaran tv. Dan sekarang mahu ulangtayang qatam cerita di tv pula. Tak puas.

........

Nasi sudah masak. Lauk sudah masak. Menunggu encik suami pulang keroje. Semua sudah siap. jadi boleh layan cerita secara aman damai.

.......

Air mata sekarang cepat jatuh. Rasa hampa bila pelajar macam tak pula mengejar masa mahu ulangkaji dan belajar.

Urghhh!

Saya rasa saban tahun saya akan begini. Bila fikir makin nak dekat SPM. Masa berlalu macam cepat laju dan tak tunggu-tunggu kita. sudah APRIL separuh. Jantung saya memang kencang. Takut. Dan mula bertanya-tanya mampukah saya mengekalkan prestasi?

Mampukah saya?

Tuhan.

Adakah saya boleh buat yang terbaik untuk anak murid saya dan bidang saya?

2 comments :

Anonymous said...

insya ALLAH... setiap guru.. akan buat yang terbaik..... dan sehabis mungkin....

tapi terpulanglah pada pelajar nye pula.....

insya ALLAh.. jika kita ikhlas.... ada jalan utk kita.....

bykkan berselawat.....

pensil iman said...

pokcik..terima kaseh..selalu nasehatkan saya..

insyaAllah..semoga kita sntiasa ikhlas dlm menjalankan ibadah seharian..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?