...sekolah kehidupan..

Friday, April 13, 2012

Masa nak guna


Selamat petang jumaat.

Kalau layan cerita korea bab sejarah korea kadang-kadang boleh bikin hati tak sabar mahu tahu apa berlaku dihadapan. Melihat cerita sejarah negara orang yang secara bersiri itu buat hati macam nak download cerita itu dari internet dan tonton secara cepat. Baru hati rasa lega dan tidak gila bayang mahu menunggu siaran.

Kagum sekejap melihat susun lapis masyarakat negara orang. ada tertib dan tamadun yang tersendiri.

Titik. Bercakap hal berat-berat pada sebelah petang macam ni boleh buat mengantuk.

......

Bab hilang dan salah letak.

Kalau masa nak guna sesuatu barang. Jam-jam itu lah juga cari merata tidak berjumpa. Sampai naik bebai, muka masam muncung sudah jadi empat belas hingga tiga puluh inci pun barang yang dicari tetap tak jumpa.

Selongkar pi mai pi mai mana hala pun tetap tak ada.

Memang kena macam ini kah selalu?

Kena masa tidak mahu guna barang yang kita dok cari tu, masa itu lah juga kita boleh terlihat dia ada dimana-mana saja. Masa itu tengok mana-mana pun nampak dia. Tak nampak benda lain.

Bersepah sana-sini.

Kemudian.

Bila nak guna. Masa tengah memang betul-betul nak guna. Masa itu. jangan kata apa. Apa satu pun tak ada.

Bikin hati panas. Kemudian. Tak boleh buat kerja. rasa geram mencari barang tak jumpa ada bersisa.

Mungkin cari barang tengah kalut dan tak teliti.

Tapi. rasanya setiap pelosok kita jenguk dan cari.

Alih-alih sat gi, bila tenang-tenang masa kita tidak pun berasa mahu guna dia. Sekejap saja boleh terjumpa tanpa disengaja.

Cuba masa kita cari. Rasanya terbalik dunia ni pun tak jumpa.

Haish!


Masa nak guna memang tak ada.

1 comments :

Anonymous said...

big bos pernah tinggal kat jepun.... dia kata... kalau le org jepun ni islam... pastinye mereka banyak pahal.. kerana cara kehidupan mereka sungguh tertib.. pembersih... hormat menghormati.... dan boleh dikatakan kehidupan mereka seharian lebih baik dari orang melayu yg kununnye islam.... ntah le....

selamat mencari..... huhuhu


iman dan ulam..begitu dasyat kah?