...sekolah kehidupan..

Tuesday, April 3, 2012

Berhenti


 

Selamat malam. Lama rasa tak menulis sesuatu.

Saya mahu membuat karangan. Tentang sebuah kehidupan yang tidak selalunya baik dan indah. Soal rezeki dan soal tuah yang Tuhan atur pada anda. Soal hidup anda baik atau tidak baik. Dan tidak semuanya orang bernasib sama dan berperasaan sama seperti kita.

.............

Baiklah. Mari menulis. Ia panjang.

............

Jika hari ini kita rajin membina kerjaya baik. Mungkin ada orang membenci kita. Tahu? Ia adalah lazimnya sifat manusia. Ada perasaan tidak baik bersifat cemburu banyak.

Atau.

Jika hari ini kita rajin membuat kerja. Dalam hati kita satu sahaja cuma mahu menyiapkan kerja cepat. Tidak mahu bertangguh kerja. Dan Tuhan lagi tahu, memang cara kerja kita begitu. Kalau boleh biar hasil kerjanya bagus dan teliti. Kemas dan cantik.

Tapi. Pada sesuatu antara kita yang lainnya. Mungkin ada yang tidak berapa gemar melihat ketekunan kita. Tahu? Ada yang tidak suka melihat kerja kita berjalan baik dan mungkin berasa kita lebih terlebih lebih berbuat kerja.

............

Kadang-kadang pula dalam soal rezeki. Tuhan mahu memberi.

Macam soal anak lah. Ada orang dapat anak berderet-deret cepatnya. Ada orang nak dapat anak sorang pun payah ya Rabbi. Tuhan atur ikut apa yang DIA rasa baik.

Itu soal rezeki anak.

Dalam soal kerja. Katakan kita mendapat anugerah apa. Ada juga yang suka dan ada yang tidak suka. Soal rezeki tuhan atur dan pilih kadang kita pun tidak jangka.

Sebab rezeki.

Ada diantara kita yang berlantang suara berucap kata itu dan ini. Mungkin sudah terajar hidupnya begitu dan begini. Jadi tidak berasa segan mahu berucap kata apa dan bagaimana. Dan ada diantara kita yang berucap kata apa pun sentiasa pula disalah erti kan juga.

Menghiris hati kita seolah rezeki itu milik siapa-siapa dia boleh bagitahu.

Dan ada diantara kita yang tidak bercakap banyak. Menjadi amngsa keadaan dan Cuma mendengar saja.

...........

Soal rezeki.

Bila ada orang meminta kita sesuatu. Orang datang meminta kita berkhidmat. Ada diantara kita berasa kita ini mengambil rezekinya. Pada siapa pelanggan datang cuma boleh dia seorang. Orang tidak boleh buka kedai.

Jadi. Tidak boleh ada persaingan. Jika ada, ada diantara kita suka melobi cerita. Dan mengancam kita. Sebab mungkin ada diantara kita ini watak kita kecil sahaja. Watak dia besar. Maka. Haruslah kita jangan berkhidmat banyak. Orang berdengki dan tercabar. Itu lah hidup dan soal rezeki.

...........

Kadangkala.

Ada diantara kita yang ah..

Banyaknya rencah hidup yang negatif.

Cuma...

Jika beginilah caranya. Tidak lah kita menjadi maju. Berhenti bernegatif pada orang. Berhenti bersifat tidak lega dan redha.

Dan merunsingkan orang lain secara banyak.

Berhenti

Dan mari Bermuhasabah diri.


 


 

3 comments :

Unknown said...

cikgu iman sihat ke?moge baek2 saje..

Anonymous said...

ingat lah... sejarah @ peristiwa pembunuhan pertama antara manusia adalah kerana DENGKI... IRIHATI.... dan segala macam nika lagi.....

bahayanye sifat² tersebut hingga menyebabkan kita berbunuhan....

pensil iman said...

uci: sy sehat ..uci sehat kah?

pokcik: semoga kita semua mengambil iktibar..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?