Asalamualaikum w.b.t Salam sayang pada adik Najihah. Lama rasanya tidak boleh berjumpa. Rasanya hidup adik di rumah dan sekolah pun sudah tentu sunyi sebab tak semua ada dirumah. Ada mak ayah dan kak mah. Sorang lagi adik. Mesti tak sama kalau ada semua adik beradik di rumah. Kak Mah ada kerja. Dan sudah melepasi waktu nak membelek kerja sekolah adik seharian. Sekali sekala mungkin boleh tengok. Tapi nak meneman hari-hari mungkin lah ada banyak kekangan masa. Adik dengan dunia remaja. Mak dan ayah sudah tua. Tak selalunya boleh kawal adik belajar dan buat kerja sekolah. Tak sama macam zaman kami dulu-dulu. Ayah dan mak masih kuat nak kawal dan tengok anak-anak belajar. Adik kena sedar. Adik adalah orang yang kena membesar sendiri. Buat kerja sekolah sendiri. Tak macam kami semua. Yang zaman belajar kami adalah sama-sama. Yang buat kerja sekolah bersama-sama. Dan semua orang boleh tengok dan tolong ajar apa yang patut. Jadi. Adik sendiri yang kena matang dan prihatin atas keperluan belajar. Sebab dunia remaja adik adalah adik seorang. Sementara kami semua sudah bekerja dan berjauh belaka. Adik kena faham sendiri. Belajar faham dan jadi orang matang. Semua orang sudah lepas ke university. Tinggal adik sorang. Tak kan adik tak mau jejak ke university? Sebab adik kecik sekali, dan adik bukan hidup zaman susah kami, adik jangan cuba jadi manja. Kadang-kadang adik tak merasa hidup susah. Sebaliknya adik kena bersyukur banyak. adik ada mak ayah yang sangat ambil berat. Saya percaya mak dan ayah kita adalah orang terbaik dan tidak pernah sedetik untuk lupa memberi didikan baik dan perhatian. Adik kena bersykur banyak adik ada kakak-kakak yang dah besar dan sudah berjaya dan bekerja. Adik bukan susah banyak. Adik boleh selesa banyak. dan Adik sorang saja yang masih sekolah. Panjang lagi hidup adik. Sekarang baru usia 15 tahun. 5 tahun lagi umur adik 20 tahun. 5 tahun lagi 25 tahun. Panjang lagi masa adik nak membesar. Masa tu adik ada fikir adik nak kerja jadi apa? Sedang adik baru nak gagah-gagah habiskan sekolah, kami semua mungkin dah tua. Mak ayah mungkin ada atau tidak ada. Dunia adik di hadapan terlalu lama, panjang dan cabaran berganda banyak. Macam-macam. Jadi adik kena ingat sendiri. Tidak selamanya kita hidup bergantung pada mak dan ayah. sampai masa kena hidup sendiri, kerja sendiri dan tidak selamanya adik boleh berkepit dan manja di rumah. Jadi buat masa muda adik la ni adalah bermula dari PMR. Nak set cita-cita dan nak masuk aliran apa masa tingkatan empat adalah bermula dari PMR. Zaman adik, zaman yang persaingan sangat banyak. Setakat dapat 3A, 4 A atau 5A semua orang boleh dapat. Zaman yang mana orang sudah tak hairan. Berbeza pada zaman kami. Peluang berlambak dok tunggu. Nak pi mana semua boleh kalau setakat 3A, 4A atau 5A. Zaman adik? Semoga adik boleh berfikir matang dan belajar bersungguh. Tengok muka mak. Tengok muka ayah. Lama-lama makin tua. Lama-lama makin tak sihat banyak. Lama-lama makin tidak kuat. Biasalah. Lumrah dan fitrah Tuhan bagi pada kita. Tidak selama-lamanya kita muda dan kuat. Dan tidak selama-lamanya adik boleh manja dan bergantung pada mak dan ayah kita. Adik kena berdikari. Semoga adik beroleh cemerlang dalam PMR. Belajarlah bersungguh-sungguh. Adik sendiri sahaja boleh ubah nasib adik. Ingat lah nabi bersabda. Man Jadda Wa Jada. "siapa bersungguh, pasti dia dapat" menunjukkan setakat mana daya usaha kita keatas sesuatu, setakat itulah Tuhan memberi. Pokok pangkalnya adalah usaha. Wassalam. Nag.
Wednesday, April 11, 2012
Ia untuk adik
Tahun ini adik PMR. Maka. Bukan masa adik untuk duduk saja tanpa buat ulangkaji apa. Tolak cuti semua sekali masa yang tinggal untuk adik di sekolah dengan cikgu adalah lebih kurang 3 bulan. Saya rasa kalau adik tak bersungguh, mana mungkin adik boleh ikut jejak abang khairi? PMR abang khairi dapat 9A. SPM pun sama. Adik cuba ambil contoh.
dari kiri: cik, adik khairi dan adik najihah
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?


0 comments :
Post a Comment