...sekolah kehidupan..

Tuesday, April 17, 2012

Cerita kerja dan bimbang

Selamat malam.

Selamat bekerja dengan ikhlas. Dan saya percaya Tuhan sedia sedia mengirimkan malaikat pada setiap kita untuk mencurah rezeki setakat yang telah DIA tentukan. Saya sentiasa percaya itu.

Jadi. Bersangka baik lah pada Tuhan. Tidak apa memperoleh rezeki cepat atau lambat. ia ada. Cuma belum masa menjadi hak kita. Maka. seolah kita kena bersusaha lebih-lebih.

.......

Bimbang saya bermula.

Sekarang sudah setengah dari April. Saya melihat pelajar saya. Lagi separuh hari dalam April, Mei akan menjengah pula. Hati saya sudah tidak keruan. Melihat kadar mahu berubah dan bersungguh oleh pelajar saya seakan perlahan.

Saya menjangkakan perubahan ini mesti pada APRIL. Tapi. macam kena berganjank pada Mei.

Saya macam belum mampu selamatkan semuanya. Sekolah saya sekolah harian. Mahu menjaga dan memujuk pelajar supaya mahu-mahu bersedia pada SPM seakan berat pada tanggungjawab. Haish~

Ada pelajar yang saya sejuk hati melihat tingkah. Mula tekun dan mahu. Saya berdoa semoga ia menjadi. Sentiasa doa. Air mata menitik lima enam titik dalam kelas tanda sayang dan rasa macam looser.

Harap. Saya mampu untuk esok dan lusa dan bila-bila. ya Allah. Kirimkan pada saya hati yang tabah banyak dan kebal.

........

Pasal mahu belajar ilmu baru.

Pasa saya lah jika saya masih hijau dan baru tunas. Kalau bab ilmu saya rela bersusah dulu sebelum saya menajdi pandai dan cekap. Tapi saya pelik kalau ada yang baru mula bertunas dalam kerja sudah merungut banyak.

Saya fikir mentality dia sangat kecik dan mungkin tak boleh pergi jauh.

Pada saya. kalau disaat saya mudah dan baru bertunas, hijau dan berhingus soal kerja. rela saya menuntut ilmu dari yang tua supaya saya akan sentiasa tahu dan boleh berdikari banyak.

Tapi lah kan. Kalau ada yang baru berlatih mula kerja sudah mengeluh banyak pasal kerja. saya rasa dia tidak berapa hendak mencintai kerjaya yang dia pilih.

Macamana mahu jadi cekap?

Ada seorang ditempat kerja saya. belum posting menjadi guru. Cuma ditempatkan mengajar sebelum menunggu penempatan. Dilanjutkan tempoh mengajar sehingga bulan dua belas.

Bila saya jadualkan tugas. Dan dia ditugaskan membuat soalan peperiksaan untuk satu peperiksaan sahaja. Dia merungut pada saya dengan ucapan ini:

"banyak kerja lah pulak"

"oh perlu gabungkan dengan dua tingkatan"

"jenuh lah saya"

......

Itu baru satu. Belum buat tugas macam kebanyakan orang lain lagi. Maka dalam nada terkawal saya [sebenarnya sudah hot] saya menasihati dia.

"eh, sudah pastilah kena buat"

"awak ingat tidak perlu dedahkan pelajar mengikut format sebenar?"

Dia diam. Kalau dia budak-budak. Sohih saya luku kepala dia lima enam puluh das.

.......

Mari saya mahu bagi tugas biar berjenuh. Supaya dia lagi tahu.

Buat kelas tambahan. Habiskan silibus dengan cepat supaya boleh buat ulangkaji cepat. Dan jangan nak terhegeh. Ambil kelas orang lain juga buat kelas tambahan sebab bantu dia. Macam saya bantu guru kanan saya adakan kelas tambahan pelajar kelas dia. Handle semua kerja panitia yang bertimbun banyak. Belum lagi jadi guru kelas.

Ish.

Baru satu tugas sudah mengeluh banyak.

Dia bukan ada kerja apa. Cuma mengajar. Bukan urus hal apa.

Saya rasa dia belum terima komitmen ditempat kerja.

Saya rasa dia masih rasa tergantung dan belum posting. Maka dia ingat kedatangan dia saja-saja kerja.

Habis tempoh habis tanggungjawab.

Ada jugak manusia muda yang macam ini gaya dalam soal kerja?


bukan juga saya mahu tunjuk pandai atau apa.

cuma pada saya. kerja jangan culas dan malas. Saya rasa saya masih muda juga. tapi. mahu merungut soal kerja yang diarah. Belum lagi saya buat. Saya rasa kena belajar banyak sebelum menjadi cekap.

itu lumrah.

2 comments :

Anonymous said...

tarik nafas dalam²...... lepas perlahan² melalui molot.... buat sebanyak yang mungkin.. agar oksigen masuk ke otak...... baru perasaan tu tenang....

dan perbanyakan basa surah al-insyirah.... insya ALLAH...

uruskan XTVT... bukan uruskan masa.....

good luck cikgu

pensil iman said...

terima kaseh pokcik...

akn selalu sy amalkan al insyirah..

mudah-mudahan urusan dipermudahkan...


iman dan ulam..begitu dasyat kah?