...sekolah kehidupan..

Monday, June 13, 2011

sila tengok tagline baru tengok bawah

Selamat petang pembaca diam dan tidak diam saya. sudah nak malam.

Hari ini rindu masakan kampung-kampung. Na hai.

Siapa tidak baca tag line suka ulam-ulaman secara tegar sila beredar awal. Kahkahkah.

Sebab mungkin dia tidak suka peria.

Okay. mari lihat ini sebagai iklan.

Ulam peria. [bukan priya anak perempuan gobalakrishnan itu lah] HAHA.

Saya tidak tahu kenapakah orang tidak suka peria. Kalau di goreng pun sodap jugak. Orang-orang cakap peria itu pahit woah. Saya cuba rasa juga. Tidak lah pahit maung. Ada rasa seronok dan sedap dengan peria itu lah.

Untung ada encik suami yang semacam saya jugak. Suka ulam-ulaman dan tidak memilih makan.

Kalau lah encik suami saya jenis memilih makan. Maunya saya tiap hari meraung sedih dan pilu sebab tidak boleh memasak sesuka hati saya mengikut kegemaran alam sekitar ye dak?

Ish.

Maunya encik suami suka makan ayam goreng sahaja tiap hari kena ada. Mampus saya jadi gemuk macam ayam daging. Menahan kemahuan sendiri kalau masak ala-ala robin hood cenggini gaya sohih tarik muka masam sebab tidak ada selera


Tadaa~ masak lemak cili api nangka muda. masakan ala-ala kampung berulam ismet raja peria

I loiikee!

Mimpi ngeri sekejap membayangkan jika mendapat encik suami cerewet dalam bab makan. Jenuh puasa perut saya yang sedia-sedia bercitarasa melayu ini.

Jadi mari bersyukur sebab boleh dapat encik suami yang bagus dan mesra terhadap makanan. Angkat tangan dan amin kan dengan tawadduk. haish.

Seronok. sebab apa yang kita masak semua dia makan. Kalau sedap dia puji-puji. [auwww. Ni yang melambung sakan] kalau kurang apa-apa. Rela pulak dia memberi galakan supaya tambah itu dan ini. bagus.

Ini namanya latihan dalam perkhidmatan. Tidak mengapa. Saya jenis terima pengajaran orang.

Tengok time haku sakit. Kemain sebuk encik suami di dapur buat kerja emak-emak. Mahu memasak sambil haku duduk atas kerusi sebab tidak boleh bangun berdiri memantau memberi arahan mahu menumis apa yang dulu. HAHHA.

Bukan kah ia pelajaran yang bagus.

[masa itu memang ketawa dalam hati saja] ia nampak comel pabila encik suami gagah perkasa membuat kerja emak-emak di dapur.


p/s: saya sedang memikirkan bulan Julai tidak ada cuti sekolah. dalam hati terasa huhuhu. oh. tunggu bulan lapan hujung-hujung baru ada cuti woah.

1 comments :

Rossnie said...

sedapnya smbal belacan tuuu..sy mmg tak suke priya tuu :)


iman dan ulam..begitu dasyat kah?