...sekolah kehidupan..

Monday, June 13, 2011

Ini hal kecemasan

Cuti sekolah sudah habis semalam. Sekolah buka dah hari ini.

Selamat bekerja untuk semua cikgu dan cikgi. Dan selamat belajar semula budak-budak sekolah.

Ohoi. Pagi isnin ini semangat atau tidak semangat kena datang sekolah dengan semangat jugak.

......

Ish.

Hari ini saya memang kecemasan. Saya tidak ingat lain. Cuma ingat mati sahaja. Tidak tahu lah mahu ucap macamana lagi.

Menalipon encik suami suruh ke sekolah segera. Membawa saya ke klinik dengan kadar segera jugak.

Semua klinik macam hampeh tahu.

Doctor tidak masuk lagi. semua doktor masuk kerja lewat jam 9 lebih-lebih.

Maka. saya terpaksa menahan nafas dan sakit mencengkam-cengkam dada.

Kesian encik suami bekejar-kejar mencari klinik yang mana ada doktor dan dekat dengan kawasan saya.

Tapi hampa. Kecewa macam kita sedang selamatkan ikan dan sudah tahu ikan nak mati . kita nak cepat-cepat letak ikan dalam air tapi cari air tidak jumpa.

Huhuhuhu.

Nak menangis pun tidak boleh. Tidak boleh menangis Cuma boleh pegang lengan encik suami kuat-kuat. Dan asyik tekan dada sahaja.

......

Akhir sekali.

Encik suami bawak saya ke unit kecemasan hospital kerajaan sahaja. Itu sahaja yang paling dekat untuk merawat saya. kereta tidak boleh bawa saya pergi jauh lagi atau saya akan...ish. tak tahu lah mahu tulis macamana.

Punya lah lambat nak mati saya dah ni tunggu rawatan. HUHU. Itu saja saya fikir.

Akhirnya baik dah. Berkat saya tunggu rawatan dengan cool dan muntah.

terus saya ajak encik suami pulang.

.......

Saya bagitahu encik suami dalam perjalanan balik. Saya Cuma fikir sudah mahu mati dah. Sepanjang jalan saya mengucap syahadah. HUHUHUHUHU.

Ha kau? Memang macam-macam saya fikir.

Baru saya tahu sakit macam itu.

Ini hal kecemasan. Lain kali tidak ada lagi. Janji dengan diri sendiri.

2 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

sesungguhnye kesihatan itu adalah nikmat yang kita sering terlupa.....

pensil iman said...

tq pokcik..

"al aqlu salim fil jismis salim"

akal yg cerdas terletak pd tubuh bdn yg sehat..akn sy menjaga kesehatan dgn smpurna...

huhu..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?