...sekolah kehidupan..

Friday, June 10, 2011

Bubur caca. Murtabak mini. Minta maaf dan ukhwah.

Bubur caca. Murtabak mini. Minta maaf dan ukhwah.

Tajuk tidak menahan. Abaikan tajuk yang caca merba itu. HaHa.

...............

Pagi jumaat yang baik-baik. Cerah dan seronok. Mulia dan bagus penghulu segala hari.

Lagi bagus di pagi jumaat ini dapat menggembirakan hati sang ibu dan memeluk beliau tanda ukhwah yang baik. Saya bertandang dirumah ibu mertua jam 7 pagi ini.

Terkejut dia melihat saya sudah tercongok di hadapan bila mahu membuat sarapan.

Bersalam dan memeluk tanda seronok dan kaseh sayang.

Rasa seronok melihat dia gembira dan tidak sunyi. Semalam tidak saya datang sebab membuat kerja sampai lupa masa sudah petang.

Saya tahu hati tua sang ibu sedang menanti.

[sudah saya nyatakan pada encik suami. Perasaan bersalah dalam hati saya sudah macam macam pakai selimut di badan. Penuh semua]

Hari ini pagi-pagi memasak bubur caca dan murtabak mini dari rumah sebagai ole-ole untuk puan ibu mertua sebagai tanda meminta maaf tidak datang semalam.

Cerita di pagi jumaat dan ukhwah yang baik.

......

Jumaat ini mari berdoa.


Tuhan

Saya memohon pada ANDA

Sentiasa diadalam solat saya

Agar memberi kesehatan yang baik dan bagus

Kepada orang-orang tersayang saya

Kedua ibu bapa saya dan ibu mertua saya

Supaya mereka sehat-sehat sehingga ke akhirnya

Dan doa itu lah yang saya mahu ANDA makbulkan

Selalu-selalu dan sentiasa.


Tuhan.

Terima kaseh kerana sentiasa ada

Mendengari saya

Dan permintaan saya

Yang banyak dan tidak pernah berhenti

Mengharapkan ANDA memenuhi kesemuanya

Amin.


p/s: saya ada banyak doa. Ada banyak permintaan. Berfikirlah Tuhan akan sentiasa makbul. Sebab Tuhan sentiasa maha penyayang dan pemurah sungguh. Cuma cepat atau lambat. dan hanya perlu berusaha dan bersabar.

3 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

kadang² terasa malu nak berdoa... teras plak asyik memintak aje.. tp jarang nak ikut tegahan dari ALLAH..... ahhh malu nyeeee....

pensil iman said...

pokcik:
Kita berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa
yang kita pinta, kerana tanpa diberitahu pun Allah
Maha Mengetahui segala sesuatu. Allah Maha
Mengetahui segala apa yang kita zahirkan
mahupun apa yang kita sembunyikan. Jadi perlu
apa lagi kita berdoa?

Berdoa sebenarnya adalah satu tugas pengabadian.
Dengan berdoa kita mengakui kelemahan, kehinaan dan
kejahilan dan lain-lain sifat kehambaan kita di sisi-Nya.

Doa adalah bukti sifat kehambaan kita di hadapan Allah
S.W.T. sebagai hamba kita memerlukan Allah lebih
daripada segala-galanya dalam hidup ini. Dan sebagai
hamba kita wajib memuliakan Allah setiap masa.

Dan Allah berfirman yang bermaksud : “berdoalah
kepada-Ku nescaya akan Aku perkenankan bagimu.
Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri
daripada menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam
dalam keadaan hina-dina. (surah Ghafir 40:60)

PetakBunga said...

Hye __ó(*¤*)ò../”/_


iman dan ulam..begitu dasyat kah?