...sekolah kehidupan..

Monday, June 20, 2011

lagha banyak

Selamat bersenayan.

Saya rasa sekarang saya tidak rajin. Saya menjadi pemalas sungguh.

Saya rasa saya kena berubah sikap jadi lebih baik. Saya malas semuanya. Cuti dua hari satu kerja bermanfaat tidak pun saya buat. Cuma kerja menjaga kebajikan encik suami iaitu menjaga makan dan pakai.

Selebihnya.

Kerja akademik saya haram satu saya tidak sentuh. Asyik berjanji sahaja. Saya macam rasa tidak berguna.

.......

Pernah anda membuat deal dengan diri sendiri? Macam membuat janji mahu buat kerja.

Okay lah. mesti anda tidak faham apakah.

.......................

Macam ini.

Kita macam deal dalam hati:

"sekejap lagi lepas masak mahu baca buku"

Kemudian. Lepas masak. Kita rehat saja. Dan tidak pun buka buku.

Kemudian. Kita deal lagi. lepas makan dan solat zohor.

"okay lah, lepas zohor mahu buat esaimen bagi siap"

Then. Lepas zohor pun macam itu. bergolek kat sofa sambil tengok tv dan mengklebek internet dan facebook.

Kerja tak buat juga.

Kita deal lagi kemudian

"malam nanti nak baca nota dan ulangkaji"

Sampai malam tak buat juga. Alih-alih masa senggang sudah habis.

Kita rasa macam tidak berguna langsung. Malas tidak habis-habis.

.........

Saya rasa saya kena berubah.

Kenapa mood malas ini ada secara banyak? semakin lama saya menjadi semakin lemau. Ia buat saya tidak produktif. !@#$%

Kerja akademik saya bertangguh. Kalau boleh nampak mungkin akan nampak satu gunung sebesar gunung fuji di johor bahru. Tanda sudah bertimbun banyak sangat dah.

Anda malas jugak kah? atau saya sorang?

Lagi dekat hari.

Lagi lah saya banyak buat deal.

Deal dengan diri sendiri. Sudah lah kerap sangat mungkir.


SAYA SEDANG BERLAGHA BANYAK.


p/s: perasaan masa sekarang mahu memandu kereta di hiway utara selatan jauh-jauh seorang diri tanpa henti dan berhenti dirumah encik ayah sahaja.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?