Malam sabtu, saya lapar kerabu. Ewah pantun dua kerat. Sebagai intro emak-emak gaya didapur. Sila lah pakai baju kurung kedah dan kain batik semua. Gaya emak-emak sakan semasa baca entri ini. Kaum adam anda duduk lah di ruang depan baca surat kabar. jangan kacau orang nak buat kerja dapur. ..... Menu makan malam tadi. Memenuhi pertanyaan kawan saya tentang mahu membuat kerabu. Pada saya kerabu adalah masakan paling senang tidak menahan. Mahu membuat kerabu apakah? Kerabu taugeh dan kerang? Kerabu jantung pisang? Kerabu mangga? Kerabu nangka muda? Kerabu somtam? Kerabu krabi patty? Eh. Salah. Itu Crabby Patty adalah burger dalam cerita spongebob. Ok. Kembali ke pangkal jalan yang sebenar. Pada saya mahu membuat kerabu apakah. Ia adalah sesuatu yang senang dan tidak menyusahkan. Ia sesuatu yang senang kalau nak digambarkan senang itu macam ini. senang macam switch on the lamp. Tekan saja suis terus lampu menyala. Ha macam itu. ........ Hey. Minta maaf dulu pada siapa tidak gemarkan ulaman. Elok pergi makan roti sambil tonton tv. HAHA. Sebab ini cerita pasal sayuran sahaja. Semudah ABC. Dah siap semua ini. letak tepi. Dah siap. letak semua itu dalam ulam tadi. Gaul. Dan jangan lupa sedikit gula dan sedikit garam. [jangan masin sangat kang semua orang jadi marah] Jika suka. Potong tomato dadu. Dan gaul sekali. Tadaa~ ini hasilnya kerabu senang ceh ceh ceh.
[sebab sudah bosan guna katabahasa senang macam petik jari. Maka guna kata bahasa yang baru]
Ini adalah kerabu taugeh tak ada kerang. [sebab saya tak pi pasar pun cari kerang] kalau ada kerang lagi sodap nih.
Friday, June 17, 2011
Ia sebuah cerita sayuran
Lihat gambar di bawah.
lagi sedap kalau ada kerang..i sungguh sungguh like!
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

2 comments :
cikgu..selain dr daun selom? leh guna daun pe?? pegaga ok x?
yuyun..pegaga pun ok..kacang botol pun ok...kacang panjang potong nipis2 pun okay...
Post a Comment