...sekolah kehidupan..

Wednesday, June 8, 2011

Semua diatas adalah cerita orang perempuan sahaja

Penyakit.

Saya sedang mengidap satu penyakit. Bunyi macam serius. Ya lah.

Saya pun tidak tahu ia penyakit misteri atau bermusim. Lepas balik dari kampung halaman. Melepak di rumah encik ayah dan puan emak selama satu minggu. Semacam satu penyakit melekat pada saya.

Penyakit ini sungguh lama semacam tak mau sembuh. HoHo.

Mungkin penat travel belum habis. Maka. saya mengidap sakit tak mau buat kerja apa satu pun. maksud kerja disitu ialah kerja sekolah.

Ia sebuah gimik. Penyakit tak mau buat kerja sekolah. belum habis saya menanda semua paper peperiksaan pelajar saya.

........

Buat kek.

Malam tadi saya bagitahu encik suami. Saya mahu pergi kelas membuat kek. Saya mahu belajar. Dia memberi izin. Dia suka itu. baik lah. nanti saya akan pergi belajar.

Belajar buat kek pula. Sebab saya sangat lah lemah dalam matapelajaran bikin kek ini. HaHa.

Serius. Saya tidak pandai membikin sebijik kek pun. Sohih bantat dan tidak jadi. Saya syak saya terlebih bersemangat buat kek. Kacau sangat sampai tidak jadi.

Maka. sebab saya seronok tengok orang buat kek semuanya jadi molek. Saya pun mau belajar jugak.

Tapi. tak mau lah belajar buat kek macam bahulu saja. Saya mau belajar buat kek yang sedap-sedap. Okay.

Itu cerita kek.

........

Impian.

Tuhan belum izin saya menjadi ibu. Saya terima sahaja. Mungkin suatu hari nanti. Saya memang sudah bersedia mahu jadi ibu. Dan Mungkin Tuhan belum bersedia memberi saya seorang zuriat.

Pada saya Tuhan lagi Maha Tahu. Entah baik untuk saya atau tidak. DIA yang bagi semuanya.

Kadang-kadang kita mahu sesuatu. Kena masa tidak sesuai pun kita mahu juga. TAPI. Tuhan tahu. Apa yang kita mahu kadang-kadang tidak bagus untuk kita. jadi DIA tidak bagi.

Kita manusia memang mahu semua. Tuhan pun ada perancangan NYA yang tersendiri. Ye dak? maka. kita kena akur sahaja.

Semuanya perlu sabar. Berusaha. Dan bertawakkal.

Baiklah.

Saya terima dan redha sahaja.

.......

Tentang membuat kek.

Saya memang teringin sangat. Nak buat kek. Encik suami bagi lampu hijau.

Tapi.

Bila minta izin nak belajar masak.

Encik suami tidak izin. Dia kata saya sudah pandai masak. Dia cakap sedap dan dia kata dia pulak jenis tidak memilih makanan. Belajar sahaja dalam internet. HAHAHHAHAHAHHAHA.

Kembang semangkuk saya. auwwwww!

........

Saya nak beli mesin jahit.

Sebab senang nak jahit baju kurung dan jahit semua.

Lagi satu saya jahit curtain pun senang...ah..bla..bla..


Ish. Semua dia atas adalah cerita orang perempuan sahaja.

Lebih baik saya titik.

Babai.

4 comments :

Yuyun said...

cikgu..minta tolong boleh? sy tak boleh kasik komen kat blog sy yg lagi satu.. bila sy komen dia suruh log in byk kali kemudian sy akan muncul sebagai entiti anynomous!! minta cikgu try komen dlm blog sy tu boleh kah??
http://yuyun-hanleeyun-gallery.blogspot.com

pensil iman said...

yuyun..sudah sy laksanakan..=)

Acik As said...

http://irmadilondon.blogspot.com/

penulis blog ni pandai wat kek, ada kawan yg try wat muffin ikut resepi dia menjadi..

cuba ya..
hehehe

pensil iman said...

ok..tq as..akn sy pi melawat dan menggodek2 resepi..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?