SAYA MASIH DI SEKOLAH. membuat keroje analisis item peperiksaan hari itu. Sajalah permulaan kata guna huruf besar tanda seronok dan saja-saja tekan. HaHa. Pelajar sudah habis peperiksaan sebelum cuti dua minggu hari itu. Sekarang sibuk cikgu-cikgu pulak memberi pulangan jawapan dan markah kepada pelajar. Seronok jugak macam ini. berbincang jawapan dan sama-sama take note tentang salah di mana dan perlu buat apa selepas itu. Seronok ini Cuma dalam kelas pelajar sains saya yang happening. Tidak lah ada suasana ini dalam kelas belakang sikit sebab kadar penerimaan dan pendekatan tidak lah sama. Haish. ........ Entri di bawah sungguh panjang berjela tak hengat. Jangan baca jika anda letih. Ia boleh bikin bosan. Ini hal sekolah lama-lama saya. ....... Mari ingat nostalgia lama. Zaman pakai tudung tidak cantik sangat dan pakai tudung jarang nak jadi elok dan zaman kecik kemetot dan zaman suka ketawa kuat dalam kelas. Saya tingkatan tiga masa itu. masa itu kemahiran hidup pilihan kelas saya adalah kemahiran hidup bersepadu pilihan tiga [pertanian]. Tidak lah kelas kami aliran ERT atau bertukang apa saja. Jadi. Projek kemahiran hidup masa itu kami kena buat taman mini. Ha kau? Cikgu bagi pasu besar sorang sebijik. Zaman 1997. Cikgu Suruh tanam pokok bunga dan buat taman di dalamnya. Jadikan ia taman mini. Ohoi sungguh seronok main baja taik lembu kering. Masa itu mana ada geli geleman. Semua pakat buat. Cikgu suruh campur macam ini formula dia untuk suburkan tanah: 3 nisbah 2 nisbah 1 [ha tudia. Haku ingat lagi formula ini] 3 skop kecik Tanah loam , 2 skop kecik tanah pasir dan 1 skop kecik baja taik lembu. Cikgu Mat kata baja tahik lembu itu mai dari india. Kami pelajar perempuan tidak lah ramai. Ada kot dalam 15 orang macam itu saja. Yang saya ingat tahik lembu yang di buat baja itu sudah kehilangan rupa tahik lembu dah. Sudah jadi baja dan warna hitam sudah. Maka. buat lah kami campuran itu. masukkan dalam pasu masing-masing dan kena tanam pokok apa saja bagi cantik dan yang penting nampak cantik lah. masa itu mula lah dalam otak masing-masing dok nampak taman mini comel nak nak kena ada kolam kecik kerusi kayu kecik dan macam-macam lah hai. ......... Tiap kali masa kemahiran hidup. Menonong semua turun ke bengkel nak berkebun tanda seronok buat taman mini. Ada yang pergi cari lumut gebu-gebu yang tumbuh kat longkang nak tanam dan benihkan atas tanah di pasu bunga biar nampak dasar tanah hijau sahaja. Ha kau? Main taik lembu main lumut gebu pi cari di longkang kering. Gila lah main macam ini. [woi bukan lah longkang besar tersumbat tu hah] longkang kat belakang padang sekolah kecik saja dan kering ada lumut hijau cantik woah. Yang itu pun mahu letak dan tanam. Masa itu melilau satu sekolah pergi cari pokok bunga nak cabut atau patahkan ranting untuk di semai dalam taman mini itu. tawaf lah sekolah sekejap. Masa itu mana tahu malu. Berjalan sana sini bawak pokok itu dan ini. ...... Bersambung lah. Nak balik sekolah dah. Plink! Plink! Plink! Sudah sampai rumah dan bersambung pulak disini. ........ Ok. Sambung semula. Pasal taman mini menjadi ingat ingatan saya dan kawan berkaitan. ....... Masa itu kami semua pakat tanam pokok bunga renek-renek. Bayangkan satu minggu dua kali pelajaran Kemahiran hidup. Sekali kami ada kelas, jenguk taman dan dekorasi taman kecik itu pokok dah merimbun sakan walaupun renek-renek. Ya lah. satu minggu dua kali saja pi tengok. Pokok bunga hidup gemuk-gemuk sungguh. Ya lah baja tahik lembu mai dari india sunggguh bagus. menjadi saja. Pokok tembun-tembun semua. Habis-habis geram sebab jadi hutan. Cabut lempar saja. Tanam lain yang renek. HAHAH. Kadang-kadang waktu rehat lalu sekejap kat taman mini dok belakang bengkel kemahiran hidup. Bukan lalu buat apa. Lalau pi jirus pokok dalam taman. Ewah. Seronok. Zaman tingkatan tiga adalah zaman suci sungguh. Waktu rehat adalah secara segerombolan juga kadang-kadang pergi tengok taman. ..... Satu ketika cikgu Mat cikgu KH kami bagi cat lah. Bagi simen lah. Bagi besi pagar yang lebih-lebih lah. Apa lagi. Mulalah semuanya pakat buat rangka kerusi lah rangka meja lah. Nak bubuh dalam taman mini yang sangat cantik tuh. HAHAHA. Cantik lah kan. Zaman budak-budak masa itu. ye dak? Besi lembut yang lebihan yang cikgu bagi itu mulalah kami mereka pintu gerbang lah. ni hah. Nak letak di taman astakona. KAHKAHKAH. Kona lah sangat. Memang kona. Bubuh cat. Yang saya ingat berdasarkan ingatan kuat saya ini. ewah. Ada dua saja warna cat yang cikgu bagi. Biru dan kuning. Simen pulak. HAHA. Yang ini kreatif lah. ada yang pergi acu ikut bentuk bulat bekas dan keraskan dia buat kolam. Woah. Menarik ni hah. lepas simen keras. Bubuh cat biru. Konon macam ada air di situ. Ahai. Lepas itu, Mula lah tebuk tanah bagi berlopak nak bawak masuk kolam dalam taman. ...... Dia itu kawan saya lah. buat kolam. Syikin. Dia kawan saya. tak ada pulak dia dalam muka buku. Kalau tidak boleh lah ketawa sakan dekat dia. HAHHAHA. Mari gelak dulu kalau ada siapa-siapa ingat. Tapi saya memang ingat sebab syikin memang minta tolong saya buangkan sesuatu. ...... Cuti sekolah di utara jumaat dan sabtu. Lepas itu nak tunggu ada pelajaran KH dua kali saja satu minggu. Kadang hujan. kadang panas. Tapi pokok kami selamat. Bukan terdedah tengah panas. Semua dok berbaris tepi dinding belakang bengkel. Ada nama woah kami tulis di setiap tebing pasu. ..... Sampai satu masa. Kami semua ke bengkel KH. Dah waktu KH. Sebab syikin sudah ada kolam cantik. Nak tengok lah taman yang dah lama tinggal kan? Ye dak? Hati dok rindu dendam ni. Maklumlah lain dari orang lain taman dia ada kolam. kHKAHKAH. Jeng je jeng. Bila sampai saja kat taman kami yang berderet tuh. Sebab taman syikin rasanya selang satu saja pasu dari saya. Mula-mula okay lah. duduk lama-lama syikin perasan sesuatu. Ada sesuau benda dok bertapa dalam kolam dia ah.... Ahahahah. Katak dok senyap jek dalam tuh. Ngam-ngam muat badan katak tuh. HAHHAHA. Mula lah syikin gelapah dan sungguh-sungguh dia minta saya buang kan. HAHAHAH. Seperti biasa lah. saya gelak kuat-kuat dulu baru boleh tolong. Yang Syikin sudah berair mata tengok katak duduk bertapa ketat dalam kolam kesayangan. HAHHAHA. Tamat kesah taman mini cantik zaman tingkatan tiga. seronok. cikgu bagi markah bagus-bagus.
Tuesday, June 14, 2011
Pasu besar sorang sebijik [ia tahun 1997]
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

0 comments :
Post a Comment