hey! iman menulis sesuatu hari ini..
Lihat siapa pun kita boleh sedekah kan dia alfatihah.
Pagi gelap jam 6.45 sampai di sekolah.
Lihat anak murid datang awal ke sekolah.
Hati berasa kasih. Lihat kesungguhan. sedekahkan alfatihah.
....
Sambil memandu pulang selepas ambil anak kecil.
Terlihat pakcik tua dengan basikal membawa jualan.
Hati berasa kasihan. Mendoakan kesihatan yang baik. Sedekahkan alfatihah.
....
Teringat kawan yang sakit.
Tidak hadir ke sekolah menjalankan tugas.
Hati berkirim doa. Supaya sembuh. Sedekahkan alfatihah.
.....
Untuk siapa sahaja kita mahu sedekah.
Apa lagi untuk ibu bapa dan adik beradik.
Semuanya sekali.
Ia tidak menjadi rugi.
....
Semoga menjadi amalan!

0 comments :
Post a Comment