...sekolah kehidupan..

Thursday, August 27, 2015

terima kasih ayah. teringat

hey! iman menulis sesuatu hari ini..

Ayah kata.
Fokus pada kerja kita.
Fokus pada ibadat kita.
Ayah kata. Bila umur sudah masuk tiga puluh tahun keatas, Allah bagi kita hidup sudah separuh umur. Sebab umat Nabi Muhammad umurnya sekadar 60 tahun keatas.
Jadi, 
Ayah kata tiga puluh tahun berbaki, jika umur panjang
Fokus sahaja pada kehidupan yang sempurna.
Tidak lah boleh leka lagha
Buat lah yang terbaik dan soal lah diri
Ibadat awak menghala ke mana?
....
Ayah kata
Kalau umur menghala empat puluh keatas
Jika awak begitu sahaja
Maka begitu sahajalah awak.
Tidak ada apa yang merubah.
.....
Tarik lah awak ke landasan agama
Sebab kita menuju tua.
.....
Terima kasih ayah mengingatkan.
Pesanan ini ditujukan pada saya, diruang tengah rumah. Disaat saya mahu berumahtangga di usia dua puluh lapan tahun lalu.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?