...sekolah kehidupan..

Thursday, August 27, 2015

kalau boleh saya raup i

hey! iman menulis sesuatu hari ini..

Kalau boleh saya raup.
Saya mahu raup kesemuanya. Anak-anak didik itu mahu saya raup dan bantu semuanya selagi daya dan boleh.
Bukan soal apakah yang bermain di kepala. Bukan kerana mahu apa-apa. Hanya memikirkan sebuah tanggungjawab tergalas.
Ia nya cuma berkisar masa depan anak didik yang bukan lah ada apa hubungan darah dengan saya hatta sedikit pun. Atau mereka-mereka itu bukan pula  adik beradik saya.
Tiada apa hubungan antara saya dan mereka.
Cuma antara saya dan mereka ada Ilallah. Lillahitaala. Mengajari mereka ilmu dengan niat lillahitaala.
………
Ia adalah sebuah cerita panjang. Yang saya mahu tulis supaya saya boleh baca dan ingat kembali. Ia berkisar soal kerja dan tanggungjawab. Atau boleh juga tidak menjadi tanggungjawab siapa-siapa.
Atau boleh saja saya buat tidak tahu. Dan tidak mahu mengambil tahu.
Tapi berasa tidak boleh berbuat begitu. Ia bukan dalam diri saya. Dalaman saya bukanlah begitu.
……
Sebelum hari raya lalu. Apabila mendapat berita rakan sepasukan dinaikkan pangkat di pertengahan tahun ini. Hati berasa kalut sebab berasa kehilangan dan hilang tenaga. Patah tangan sebelah. Kerana yang bertanggungjawab mengajar subjek saya Cuma tiga orang ini.
Sementelah ia menjadi pelajaran wajib lulus. Tanggungjawab itu menjadi semakin berat.
Masa hadapan anak didik bergantung penuh di bahu kita.
…..
Apabila rakan setugas pergi kesekolah baharu. Tinggal saya dan guru kanan bidang saya sahaja. Dua belas kelas itu menjadi tanggunjawab kami berdua.
Sebagai ketua panita saya bukan lah reti duduk diam dan menunggu siapa kah galang ganti yang akan datang menghadap tugas ini?
Jika yang datang itu tidak pula opsyen yang dimahukan bagaimana pula mahu mengekalkan prestasi? Dan membantu anak didik semahu hati. Ini semua masa hadapan mereka.
…..
Allah.
Daripada tujuh kelas . saya kini memegang sembilan kelas dengan jumlah masa tiga puluh sembilan waktu seminggu. Melebihi waktu maksimum seorang guru iaitu tiga puluh waktu.  Ia sesuatu yang berat dan bagaimana harus dikata.
Ia tanggungjawab yang boleh saya galas walau bagaimana halangan dan cabaran pun. Apa lagi di permulaan hujung tahun menuju SPM? Ia sesuatu yang sangat mencabar.
……
Bersambung.
membina hubungan dengan pelajar bukan lah boleh sehari dua. keakraban dan hubungan itu mengambil masa yang lama. dan bagaimana pulak saya ini mahu menerima merreka semuanya yang tidak langsung saya kenali.
yang bigor bigor itu yang degil malas itu. harus bagaimana saya mahu asuh asuh?
allahu..

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?