hey! iman menulis sesuatu hari ini..
ia adalah sambungan jurnal lalu
Ia tentang tugas yang banyak. Tahun ini agak mencabar.
Jika awak adalah seorang guru. Awak pasti mengetahui jadual tiga puluh Sembilan waktu itu bagaimana kalut untuk diruruskan.
Ya. Saya lah yang kalut itu.
Bagaimana mahu di urus semua serentak.
Menghabiskan silibus orang yang ditinggalkan.
Mengemaskini fail panitia di bawah anda yang diamanahkan
Dengan fail induk yang begitu mahu ditelitikan. Sementelah prestasi audit akademik sekolah sungguh maha cemerlang tidak boleh jatuh.
Bagaimana lagi di bulan Ogos ini dibahu anda penyelaras program Kemerdekaan semua panitia Kemasyarakatan anda perlu pandu dan gerakkan!
Bagaimana anak didik yang mahu menghadapi percubaan SPM dan SPM kelak.
Semua terhempuk di bahu.
Dan bagaimana mahu mengenali pelajar kelas hujung yang ditinggalkan orang kepada anda?
Keserasian tidak dibentuk sehari dua.
Anda hanya ada dua bulan mempersiapkan mereka mengahdapi SPM tanpa boleh mengenali semuanya.
Bagaimana mahu membuatkan mereka mendengari kata kita?
Yang nakal. Yang degil. Yang melawan itu. Bagaimana mahu anda tundukkan.
Emosi. Jiwa dan raga saya.
Bagaimana pula dengan mahu menyiapkan soalan peperiksaan dan menyusun seorang diri sementelah rakan setugas berpindah.
Sedang jadual anda padat sekali tidak boleh dicelah celah mahu menyiapkan tugas sampingan.
Bagimana lagi saban setiap hati kelas tambahan berjalan seperti sedia ada tanpa saya mahu satu pun diberhentikan. Malah bertambah lagi kelas yang diambil alih.
Semuanya masih dalam kawalan.
Bagaimana semua itu masih boleh dihadapi dengan penuh senyum?
Dan pagi-pagi masih boleh menyediakan sarapan dan bekal ke tempat kerja kita dan suami.
Saya berasa Tuhan banyak permudahkan kerja saya.
Banyak sekali.
Apa kah yang mengajar kita menjadi tidak apa-apa.
……
Ialah jangan merungut.
Dan kita tidak berkira masa untuk siapa-siapa. Asal kita boleh buat kita buat sahaja. Semua kerana Lillahitaala.
Jadi
Setakat berjumpa orang yang negative membuatkan hati anda sakit itu seolah tidak berkudis apa.
Telinga menjadi pekak dan tidak mendengar apa apa
Kelak kita akan lebih bahagia dan selesa.
insyaaAllah kita akan Berjaya. Dan sentiasa belajar daripada kehidupan. Manusia memang ragam.
Bersambung.
Nanti ia tentang pelajar 5PSV 1. Yang orang kata teruk benar itu.
Dan aku melihat ia tidak lah sangat. Ia masih boleh dibentuk.

0 comments :
Post a Comment