hey! iman menulis sesuatu hari ini..
Saya kira semua antara kita.
Pernah lalui. Tentang siapa yg selalu negatif dalam urusan kerja mahupun hubungan dengan manusia.
Mudah terasa dan penuh emosional. Tidak menerima kesalahan dan menuduh semua orang mengumpatkannya.
.....
Seseorang seperti ini tuturnya penuh sinis dan cakap lepas sekali. Dia nampak sangat kuat dengan hujah berapi amarah. Dia begitu untuk menjadikan atau menampakkan dirinya betul dan tepat.
Dan bagi siapa yang bukan emosi caranya akan malas mahu melayan atau sama sama bertekak menegakkan siapa betul dan salah.
Maka, diam kita itu seolah memberi kemenangan pula pada si emosi. Tak apa, kita menang akhlak dan memupuk sabar.
.....
Kalau ikut syaitan kita juga pasti seperti itu. Kita dan dia tiada bezanya pula. Jadi jika dia memang seperti itu, kita pula jangan seperti itu.
.....
Mungkin ambil masa merubat hati sakit. Tapi jangan biar hati kita sakit dan rosak.
.....
Apa yang kita perlu buat?
1. Berlapang dada
2. Elak berurusan jika tiada apa apa yang penting
3. Yang lepas usah dikenang
4. Sedekah lah fatihah padanya setiap hari.

0 comments :
Post a Comment