...sekolah kehidupan..

Friday, February 27, 2015

saya ada kuasa tambahan.

hey! iman menulis sesuatu hari ini..

Mengusik anak murid sekali sekala dalam proses pengajaran dan pembelajaran memang seronok dan lucu. Tadi, habis satu subtopik belajar. Tadi masa saya satu waktu sebelum waktu balik. Budak sudah letih, maka Saya psiko anak murid.

Saya kata:
"Sekarang, cikgu nak bagitahu. Bila cikgu tengok mata awak, cikgu dapat satu bisikan. Bisikan itu bunyi begini:
"Dia itu faham"
"Dia itu berkhayal"
"Dia tu pura pura faham"
.....
Saya sambung lagi. Budak-budak terkebil tengok saya, tersenyum bagi yang mana terkena dengan dia.

Saya kata:
"Cikgu mula-mula rasa rimas juga bila ada bisikan dok bagi tahu budak mana main-main, budak mana belajar bersungguh. Budak mana A+, budak mana dapat C. Budak mana dia memang calon cemerlang. Tapi lama-lama oklah....jadi biasa"
.....
Anak didik yang tadi kuyu, mata jadi segar. Postur badan semua jadi tegak. Semangat sikit dari tadi. Mata bersinar. Takut-takut cikgu tengok mata dia.
.....
Saya kata:
"misteri ni, anugerah tuhan. Jadi cikgu senang nak tahu tentang awak semasa belajar. Tengok satu contoh.
Cikgu tengok zahirruddin. Dia kalau cikgu tengok. Dia duduk depan cikgu. Tapi dia tak tahu pun apa maksud gerakan islah yang cikgu ajar tadi. Sebab dia berkhayal. Kan?"
.....
Si zahirruddin angguk kepala. Mengaku. Senyum. Yang lain lain terus takut bila zahirruddin mengaku. (Memang dia khayal. Kita ajar, dia tengok buku tapi fikiran melayang).
.....
Kita sebagai cikgu, tak ada bisikan pun kita tahu anak didik kita faham ke tidak dengan hanya melihat anak mata. Tadi saja-saja lah saya nak psiko. Kata kita ada satu kuasa tambahan. Haha. Seronok tengok muka cuak budak-budak.. Lepas itu kita ketawa lah. Dan sempat saya tanya?
"Takut tak?"

Saya tahan ketawa dalam hati. Saya berasa lucu. Cuma boleh senyum. Sikit lagi saja nak meledak ketawa. Tanda tak boleh tahan hati. Geli hati tengok respon pelajar.
....
Budak-budak jawab. Hu..takut..seram cikgu macam nii..
.....
Saya kata: 
"Memang belajar sejarah menyeramkan".
Hahaha. Saya nak tamatkan kelas. Dan cuba nak psiko lagi.
.....
Saya kata:
"cikgu rasa kerja sekolah cikgu masih ada yang tak siap kalau cikgu pungut buku hari ni kan?"
Muka cuak budak-budak sekali lagi menjelma. Sebab saya memang suka buat spotcheck mengejut pergi pungut buku tanpa memberi amaran. Boleh tahu siapa bersedia siapa lewa. 

Saya kata:
"Sebab masa saya tandatangan buku pengurusan kelas (buku rasmi keluar masuk guru dalam kelas), ada bisikan bagitahu si polan dan si polan tak siap lagi kerja sekolah" saya ketawa ber hahaha.
....
"Sebab itu cikgu bagi tempoh dengan buat buat lupa tak pungut hari ini. Bagi peluang"
Pelajar ketawa. Dan ucap ramai ramai

"terima kasih cikgu"
tamat kelas.
Kihkihkih.

2 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

cuti pjg... buku pun cuti.... gitu la...

pakcik la pelajar yg mcm tu....huhuhuhu

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

PhD??.. huhuh hebat nye....

pakcik sambung belajar memasak je... huhuh... ari tu belajar ngemas rumah... dah hbs.... huhuhu


iman dan ulam..begitu dasyat kah?