...sekolah kehidupan..

Tuesday, January 27, 2015

hari itu seluar koyak


hey! iman menulis sesuatu hari ini..
Satu.
Hari itu. Minggu lepas saya masuk mengajar pelajar kelas hujung saya. Kelas itu ada lima pelajar lelaki sahaja. Saya perasan ada dua lagi yang tak ada dalam kelas. Saya tanya pelajar lain. Mana lagi dua? Pelajar bagitahu yang seorang seluar koyak. Yang seorang lagi teman pergi jahit di bilik kemahiran hidup.
....
Dua.
Sebab muka saya serius, pelajar tak berani ketawa walaupun terkenal nak membahan kawan yang seluar koyak di kelengkang. Lima pelajar lelaki kelas hujung itu memang baik, mendengar kata, dan lucu. Seronok mengajar budak budak ini sebab mendengar arahan cuma dari segi akademik agak perlahan dan sangat perlahan. Tak apalah asalkan ber adab.
.....
Tiga.
Sedang saya mengajar. Dua pelajar tadi muncul. Saya pura pura tanya. Kenapa berdua? "Saya teman aidil. Seluar dia koyak. Dia tak tahu jahit" Jawab arif.
(Dalam hati saya, bagus arif ni, walapun budak lelaki dia reti kerja kerja kemahiran hidup yang lazimnya budak lelaki sekarang tak tahu)
....
Empat.
Saya sempat berseloroh. Saya kata, "badan sado sado (gagah, tough berdada bidang), pakai baju ketat, seluar ketat. Tak bawak baju PJ, Lompat tak hingat masa main PJ,sampai seluar koyak". Budak budak ketawa. Sekali aidil.
Kami belajar dan buat aktiviti berkumpulan macam biasa. Saya kata cepat buat kerja, nanti cikgu bagi hadiah.
.....
Lima.
Mata saya liar perhati anak murid semasa sedang buat aktiviti. Saya lihat baju aidil ketat benar. Lengan baju singkat nampak tak muat dengan badan. Lusuh warna nya dari orang lain. Seluar ketat. Saya buat kesimpulan mesti baju sekolah itu dari tingkatan 3 sedangkan sekarang sudah tingkatan 5. Badan remaja tengah membesar memang lah berisi.hormon berubah.
....
Enam.
Saya cari jalan. Nak tahu saiz baju dan seluar aidil. Lalu saya mulakan perbualan. Selit selit sambil pelajar buat kerja.
Tanya syed: "awak kurus ye syed, baju awak saiz apa?"
Syed kata dia saiz M.
"Awak pulak afzam?" Saya saiz s..saya comel je cikgu. Dia senyum.
"Awak syukri?" Dia pun M , "dan aidil..awak aidil..?" Sy saiz M.
.....
Tujuh.
"Arif saya rasa saiz seluar awak mesti 31 kan?"
Mana cikgu tahu?
"Sebab walaupun awak kurus dan tinggi, awak tak boleh pakai saiz 29. Pinggang okay dah, tapi senteng kaki.."
Arif cakap ya.
Sudahnya saya tanya aidil.
"aidil awak pakai seluar saiz apa yang selesa?" Dia kata saiz 33.
Saya angguk. Lalu tak mahu dia malu saya tanya yang lain juga.
....
Hari ini.
Saya panggil aidil. Saya kata aidil balik nanti cikgu ada kelas tambahan. Cikgu mahu awak datang ambil satu kotak warna warni. Cikgu letak atas meja. Cikgu bagi awak. Buka dirumah ye. dia kata apa tu cikgu? Saya kata ambil kotak itu dan balik buka di rumah. Cikgu bagi hadiah sebab buat kerja sekolah. Titik.
......

Kebetulan sabtu lepas pak anjang, mak anjang, ayah dan adik sepupu datang kerumah, kami ke pasar pandan sebab berhenti mencari barang adik sepupu. Saya terpandang baju dan seluar sekolah. Saya nawaitu untuk anak didik. Saya nampak bayangan aidil.

1 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

alhamdulillah....

moga ALLAH memudahkan urusan cikgu dan anak murid....


iman dan ulam..begitu dasyat kah?