...sekolah kehidupan..

Sunday, March 18, 2012

nama dan kenangan

Dedikasi kepada kawan yang gembira.

Sudah saya minta izin daripada penunggang motor bernombor plat JFS bagi mengeluarkan cerita ini.


Ini kenangan. Kenangan zaman belajar dan bujang. Daripada cerita ini. [sila klik]

Assalamualaikum.


Berair mata

Ahad ini panas. Pukul sebelas lebih sudah terasa terik dan pakaian kering sudah diampaian. Ewah. Ayat macam sebuah cerita dalam novel. Ish.

Tengahari ini saya berair mata. Bukan sebab sedih. Tapi sebab ketawa. Ahahaha.

Sampai keluar air mata. Terasa lawak dan mahu ketawa secara banyak. walaupun pocik dot kata jangan ketawa banyak-banyak. minta maaf. saya berasa lucu.

Di ruang mukabuku.

Saya bersembang rabung dengan kawan lama saya. kawan satu university. Dan satu rumah sewa. Seronok dan berlucu banyak. Dia kawan saya yang namanya sedap sekali. Farah Elena. Kami satu rumah menggelar farah. Orangnya putih berkulit bersih. Rajin. Tekun. Dan saya gelarkan dia Jaafar.

Entah lah apa kena saya boleh panggil dia jaafar.

....

Cerita indonesia

Yang saya ingat bermulanya begini. Saya rasa bermula dari cerita Indonesia barangkali. Masa itu cerita sekitar jam enam pada tahun 2008 adalah pasal anak kecil bernama NABILA.

Kawan saya seingat saya jika tidak salah adalah cik rina rahman gemar memanggil kawan-kawan dengan nama pendek. Bukankah dalam cerita Indonesia jika orang itu bernama nabila akan dipanggil "nab" saja.

Jadi. Siapa saya yang namanya sesuai dipanggil nama pendek. Akan di panggil pendek-pendel saja.

Sebagai contoh:

Ezrina akan dipanggil "ez"
Farah akan dipanggil "far"

Maka. kadangkala timbul idea jahat saya. memanggil nama diubah-ubah sesuka hati yang menjadi sasaran.

...........

Nama laki-laki.

Ada seorang kawan saya juga. namanya siti zubaidah. Maka diuabah suai kepada nama "zubir"

Zubaidah = zubir. Sebab dia suka menggelarkan saya sebagai "Nazri" maka saya suka nama kan dia zubir asal kata daripada zubaidah.

Dan.

Farah dipendekkan menjadi [Far] juga tidak terkecuali dari hal ini. Sebagai penunggang motorsikal bernombor plat awal JFS [sebab dia orang johor]. Entah bagaimana saya gabungkan keduanya. Daripada J it uterus jadi "jaafar" ahahhahaha.

.......

Lembut nama Elena

Hihihi. Lembut kan nama itu?

Maka. lekatlah nama itu sehingga keakhir semester antara kita-kita di dalam rumah sewa itu. tapi hanya menjadi masyur di dalam bilik saya, rina rahman, zubir dan jaafar. Kawan-kawan dalam bilik lain kurang sikit kreatif dalam memberi nama ini. HAHHA.

Sekarang.

Bila saya sedang bersembang dengan farah Elena. Kebetulan dia mahu bernikah pada mei ini. suka saya ingatkan dia tidak boleh menjadi jaafar yang menjadi penunggang motor bernombor plat JFS lagi. dia perlu menjadi Elena. Lembut dan bersopan. Tidak menunggang motor laju-laju. Dan tidak berkasar bahasa pada sang laki-laki.

Maklumlah dulunya dia agak kelaki-laki.

Bila saya panggil dia Elena. Tidak panggil dia farah. Dia lantas tersipu. Tanya saya kenapa panggil dia Elena. Terasa lembut pula. Hahahhaa.

Lihat.

Dengan mengubah panggilan anda pada seseorang seorang, kita seperti sedang membaca karakter dan sifat.

Bila sebut Elena. Terus terpadam cerita penunggang motor JFS yang saya gelarkan Jaafar.

dan bila sebut Elena, dalam kepala terbayang seorang perempuan yang lemah lembut gituw! auuww.

HAHAHAHHA.

Tamat.

Dedikasi kepada kawan sebilik yang menjadi 'pilot' terkemuka. Saya. zubir. Dan rina rahman Cuma penumpang biasa.

Who know?

......

Dan. Ada seorang lagi.

Dia saya gelarkan sebagai awie. Asal nama adalah rosalmi. Boleh tahan suaranya dalam bentuk beradu suara. Gemar berpakaian sukan ala-ala jersi bola sepak didalam rumah sewa. Jika jersi berwarna oren. Maka seluar pendek juga berwarna oren. Hebat pada ketika itu lah.

Mengikat tocang satu. Bertubuh sasa dan gagah. Gemarkan menyanyi. Sebab itu saya gelarkan dia awie no 17 taman anggerik.

Hebat. Tunggu habis satu cd, baru tamat mandi dalam bilik air. Tanda sungguh cinta pada arena muzik tempatan.

HAHHAHA.

p.s: why rina rahman tak ada nama laki-laki? Sebab dia agak skema daripada saya. macam tak kena kalo nak letak nama laki-laki pada nama rina rahman yang memiliki rambut panjang mengurai ala chiness look gitu.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?