Cerita rabu Salam Rabu. Hai cepatnya masa berlalu. Saya penuhkan cuti dengan kelas tuisyen. Saja mencambahkan sibuk dengan aktiviti ini. Kalau tidak saya bosan tahan 360 darjah. Tidak boleh balik kampung encik suami tidak cuti. Maka. Saya disini. Disini. Disini. Dan disini. [kedengaran seperti sedang bosan menghabiskan cuti bentuknya begini] Okay. tidak apa. ............... Johor bahru redup dan hujan. Bertuisyen dengan pelajar comel-comel saya berusia empat belas tahun. Muka suci jerawat sebutir pun tidak ada. Hai. Anak murid. Comel dan bersih hati. Belum lagi merasa erti dewasa banyak. Seronok tengok pelajar yang mahu bersungguh belajar. .............. Minggu depan hari rabu juga. 21 haribulan. Saya berasa gementar banyak. SPM akan diumumkan. Hai. Macamanakah? Gelut dalam berfikir. Peratus sekolah naik kah? turun kah? Peratus subjek saya bagaimanakah? Ah. Saya gementar. Titik.
Wednesday, March 14, 2012
Rabu.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

2 comments :
agaknye lecturer kami dok tgk pelajar tua tiap2 hari.... sure stress kot... dah tak comel.... huhuhuhuh
ahahhahaha..mungkin la gamaknya...
Post a Comment