...sekolah kehidupan..

Thursday, March 1, 2012

penat dan kopak

hey! iman menulis sesuatu hari ini..

nak kata mahu menangis. memang mahu menangis. nak menangis sebab hidup menjadi semakin sibuk.

penat. terasa mahu rehat.
.....
mungkin masa sibuk di kembar dengan saat sulit wanita. maka emosi lagi lah jadi berganda.
dan. kesian pada encik suami yang sangat memahami erti letih kita.
......
minggu depan mahu pergi beli kipas tujuh bijik. persediaan mahu masuk rumah baru. beli sikit-sikit dan nanti sudah boleh pasang sendiri.
hai. banyak jeroje.
.......
minggu depan lagi. mahu membeli lampu. bila nafsu banyak sangat. mula lah rancang nak beli lampu kesukaan dan boleh jadi lagha sekejap pikir nak berhabis duit beli kelengkapan.

berdosa dan bersyaitan.
......
duduk di bandar macam-macam risiko. masa ini hati saya rasa mahu duduk di kampung macam encik ayah dan puan emak kita. rumah terbentang luas dan besar tak perlu ada pagar memagar. tak perlu pagar berjaring sana sini mahu mencegah pencuri.

disini.
nah sana sini ada gril. sini dan situ kalau boleh semuanya kena pasang gril. menghabis duit tujuh lapan ribu buat gril. demi keselamatan. orang jahat banyak dok umpil rumah. rasa meluat.

ni. kalau rumah encik ayah dan puan emak di kampung, kalau si pencuri durjana nak masuk rumah sohih satu minggu tujuh kali dia ulang alik curi masuk sebab rumah kampung encik ayah sangat lah membenarkan dia masuk secara senang.

tapi.
dah nama kampung. hidup aman damai. mana ada sapa nak masuk kopak?
.........
tensyen!
lagi maju negara. lagi banyak jenayah.
........
pasal lain. nanti dulu. takat tu, itu saja yang nak buat.

2 comments :

Anonymous said...

tu la pasal..... org jahat nih macam2 idea nye.... buat le macamana pun... ade je cara .... doa je la.. moga ALLAH melindungi kita.. keluarga.... saudara mara kita... jiran tetangga kita.......

lindungilah dari penglihatan orang² yang berniat jahat.....

pensil iman said...

tq pokcik..amin ya rabbal a lamin..semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT


iman dan ulam..begitu dasyat kah?