Selamat sore. Sore tak sore sangat. Sekejap lagi sudah mahu malam dah. Makan apa pun tidak hari ini. sampai jam tiga setengah baru jumpa bihun sup di kantin sekolah. hai. Sebok. Sebok dengan kerja. ...... Ini cerita motivasi. Saya sudah berjanji dalam diri. Bila masa pertama kali bersembang dengan guru kanan saya. dia kata: " Mendidik lah anak orang lain dengan bersungguh. Kelak berkatnya tumpah pada anak kita. Anak kita memperoleh berkat hati dan fikiran cerdas dengan keihlasan kita mendidik pelajar di sekolah" ...... Saya mula berfikir banyak. saya tidak lah tahu bakal anak saya kelak pandaikah? Bijakkah? Sederhana kah? tidak pandai kah? Maka. Ketika itu saya mula fikir lagi. saya mula berharap akan guru yang mengajari anak saya itu bersungguh tanpa jemu memberi ilmu pada anak saya itu. ...... Bila saya mula berfikir banyak. Saya mula mengajar anak orang tidak kira pandai atau tidak pandai. Berakhlak atau tidak berakhlak dengan kadar hati yang sekata dan memujuk supaya saya menjadi sentiasa mahu menghadap semuanya. Bersikap tiada pilih memilih. Dan berusaha memberi keyakinan pada pelajar lemah saya supaya melakukan sesuatu. Menuruti saya ke kelas tambahan petang seperti biasa saya lakukan untuk kelas hadapan saya. Sebab. Saya berfikir dalam dunia ini ada karma dan hukumnya. Ada timbale balas nya. Bukan kah macam roda? Jadi. Untuk pelajar kelas belakang saya itu. Saya berharap jika saya tidak boleh ubah kesemuanya. Boleh lah saya ubah satu dua. Daripada duduk saja berserah mahu jadi apa? ....... Saya berasa cintakan sangat bidang tugas saya ini. sebelum mungkin dihari depan saya mahu menambah ilmu setingkat lagi bidang dihadapan. Sambung mengaji. Terima kasih Tuhan. Mengalirkan lorong dan jalan kepada saya dan ditakdirkan menjadi guru. Bialah apa saja cacian yang dilemparkan pada kaum guru. Saya biasa-biasa saja. Mungkin orang yang melemparkan tuduhan merencam itu berjaya dalam hidup dan kerjaya bukan dari berkat belajar dari seorang guru tapi belajar bertapa sorang diri di bukit atau gunung kemudian boleh jadi pandai dan berjaya. Atau dia tidak reti apa itu rasa syukur dan mustajabnya rintih hati dan doa seorang yang memberi ilmu. Tidak apa. ....... Saya berdoa semoga Tuhan memberkati usaha saya. usaha anak murid saya. dan. Saya sentiasa mengajar dan belajar dengan gembira. Dan saya mahu semangat saya ini ada sentiasa. Ada sentiasa. Ada sentiasa. insyaAllah.
Tuesday, March 20, 2012
Ada sentiasa
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

2 comments :
buat baik di balas baik....
ALLAH MAHA MENGETAHUI niat kita..... insya ALLAH.. dahulukan sesuatu dengan nama ALLAH.....
terima aksih pakcik..sama2 lah kita sama2 ingat mengingati...
Post a Comment