...sekolah kehidupan..

Thursday, March 29, 2012

Susahnya.


 

Salamunalaik.

Pagi khamis yang baik.

Mari bermuhasabah diri.

Adakah kita layak untuk menerima apa saja anugerah?

Berasa saya baru setahun jagung.

Berasa bukan milik saya menerima.

Terasa mahu bertanya saya pada pihak berwajib. Atas alasan apa. Menganugerahi saya ini dan itu?

Saya berasa masih hijau dan muda.

Rela saya memberi pada yang lain. Yang berhak menerima sanjungan dan penghormatan.

Kelak saya boleh belajar daripada pengalaman dan pelajaran yang terdahulu.

...............

Perasaan saya seperti tidak enak.

Melihat hati-hati yang lain. Sinis dan tajam.

Silalah pihak berwajib memberi penerangan.

Agar saya tidak tersepit.


 

Tunggu lima enam tujuh lapan Sembilan sepuluh tahun lagi.

Mungkin itu masa yang sesuai buat saya.

Menerima apa yang patut patut.

Bukan masa ini.


 

Yang mungkin menjadi buah mulut orang.

Hati pun menjadi tidak sedap dan seronok.

Andai boleh saya menutup semuanya. Dan memberi pada orang lain yang sepatutnya lagi lama dan layak.

Saya tertanya.

Anugerah ini berdasarkan apa sebenarnya?

Atas alasan apa pun saya berasa saya tidak layak.

Tunggu masa yang lain-lain.

Saat saya menjadi sedikit tua.

Mungkin masa itu perkhidmatan saya sudah banyak.


 

Aihh. Susahnya atas pengiktirafan ini.

2 comments :

Anonymous said...

biasa la... manusia..... bila ada yang lebih.... mula la iri hati.. hasad dengki..... mengadu domba....

bukan nak berfikiran +ve untuk menaiktaraf diri sendiri..

kita lebih cepat mencari alasan dari jalan penyelesaian...

memang susah ada orang macam nih...

pensil iman said...

pokcik..semoga kita tidak tergolong dalam golongan sedemikian..insyaAllah..minta dijauhkan..amin..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?