...sekolah kehidupan..

Thursday, November 14, 2013

mari saya cerita anda (iii) bahagian akhir

hey! iman menulis sesuatu hari ini..
Seolahnya saya masih berhutang sesuatu. Berhutang cerita. 
Kisahnya satu mari saya cerita anda I Dan dua mari saya cerita anda ii Sila klik. 

Belum tamat baik tentang bagaimana gigih saya mengajari uwais supaya menjadi mahu mahu menyusui saya secara langsung. Bahasa mudahnya saya ajar uwais supaya mahu nenen saya semula. 
.....
Lalu saya terfikir.

ketika uwais masih dalam hari.tempoh berpantang yang mencengkam jiwa saya. aduhai anak.


Bolehkah? 
Sebab uwais kalau haus dia menangis bukan ada introduction.  Ia pitching tinggi.  Bila saya mengiring ke kanan mula susukan dia. Dia langsung tidak reti buka mulut. 
Saya merasakan ini.
Jika anda tidak sabar.
Jika anda tidak sabar.
Jika anda tidak sabar.
Ia memang menempah kalah!
......
Menguji sungguh.

Uwais meraung macam kena pukul. MasyaaAllah.  Masa ini ia betul betul menguji saya. Sekali dia menangis sampai keluar air mata dan mula berhingus sebab terlalu menangis dahagakan susu yang tak dapat. Anda berasa apa? 
Jadi saya begitu stress. 
Tambah lagi orang tua akan menjenguk jenguk kita tanyakan bayi kecil kita kenapa?
Kita nak jawab apa. Cuma boleh cakap. "Dia nak susu mak".Pada hal dalam hati berbungkal rasa sedih dan geram kenapa, kenapa dan kenapa tak nak hisap?
.....
Kalah

Saya berasa kalah. Beri balik susu saya yang di pump dalam botol. Encik suami mula berasa saya stress mungkin. Bila setiap pertanyaan saya jawab sepatah sepatah sahaja. Tanda tak tahu nak luah bagaimana rasa tensyen itu. 
.....
Cuba lagi dan lagi. Hari hari cuba.
Saya cuba lagi. Kali ini saya memangku. Saya bersimpuh dan memangku uwais di riba. Cuba dengan cara duduk pula. Uh. Sama. Meraung bagai nak rak. Sampai saya tonyoh tonyoh ke mulut uwais minta dia hisap. Stress tuhan sahaja yang tahu. Ywais tak reti. Melihat perlakuan saya yang terlalu memaksa, encik suami mula menegur saya. Ya ya. Dia tidak faham apa kita rasa bila anak tak reti hisap susu kita.  
.....
Cuma.

Satu saya katakan.  Airmata uwais tak payah cakap. Menangis sebab tak dapat susu sampai nak berhingus. Saya pun menangis juga. Huhu. Susah sekali mahu ajari dia.
Dan lagi ingin saya katakan. Jika kita tak tahan telinga dengar anak menangis.  Memang tak jadi. Hati kena tabah tabah. Bukan kita nak bagi dia mati. Kita nak bagi dia yang terbaik.

Dan saya kurangkan sedikit rasa kasihan. Saya mahu ajar awak. Bukan saya mahu seksa awak. 
Memang kadang anak meraung hati kita sudah libang libu. Sudah gelabah. Ye dak? Kali ini saya buat buat cool. 
Pada hal bergelodak rasa macam nak berhenti ajar dan tak apalah minum saja susu formula. Nauzubillah......

Sudahnya.
Ilham datang kadang tidak disangka. Mungkin tuhan makbulkan doa saya. Minta permudahkan urusan saya yang satu ini. Akhir nya saya bersandar di kepala katil. Dalam keadaan empat puluh lima darjah menyandar. Belakang kena sendal dengan bantal...sakit belakang. Saya angkat uwais semasa dia nyenyak tidur. Letakkan didada saya.

 Lumrah anak yang dilahirkan. Tuhan bagi dia deria. Untuk cari nenen ibu. Bila uwais mula mencari..dan dari atas dia berjaya melekap mulut kecilnya di puting saya. Dari atas erola itu semua dapat.
Dan uwais mula menyonyot!
MasyaaAllah.  Yeay! Saya berjaya buat.
.........
Tukar.

Jadi Sekarang.  Nak menyusu kena macamtu. Cabaran puting nak boleh masuk ke mulut satu hal. Mata pejam,  mulut nganga nganga macam anak burung cari makanan. Cabaran nak qeyau kuat kuat sampai semua orang datang tegur satu hal. Cabaran ibu tahan ke tak tahan satu hal. Ibu kan mudah kasihan. 
Akhirnya, bila uwais dapat saja menyusu dan sudah ralit, sedikit demi sedikit saya ubah posisi anak panda tadi dalam pangkuan saya. Daripada menegak atas dada saya..saya alih dia ke lengan saya. Dalam pangkuan. 
Hari hari buat macam ini. Sehingga uwais sudah terbiasa.
.....
Dari pangkuan ke tidur mengiring

Boleh saja saya bagitahu anda semua saya guna posisi menyandar empat puluh lima darjah ni dan uwais menyonyot nenen saya sehingga saya usai tempoh berpantang. Gaya ini saya sudah tidak ingat apa namanya. Anak menghisap susu ibu dari atas mampu menrangsang susu keluar dengan lebih baik daripada memangku atau mengiring kerana erola itu penuh di dalam  hisapannya.

Bila dia ralit dan mula ketiduran di dada saya, saya alihkan posisi ke mengiring dan tidur bersamanya. Dalam dakapan saya! Ya. Ini yang saya impikan selama ini. Saya mahu dia dalam dakapan saya. 
Bahagia bukan?  Dia merasa hangat kita. 
......
Sehingga hari ini.

Uwais sudah nak masuk sepuluh bulan. Penangan suus ibu kulit uwais kental. Kuat. Jarang demam. Kadang budak tidak kuat akan demam. Cucuk sikit demam. Gigi tumbuh demam. Dan masih menyusui susu saya. 

Alhamdulillah.  
Susu saya masih mencurah. Hari hari doa minta rezeki susu untuk uwais bertahan, banyak sehingga dua tahun ini. Ibu, kita k3na doa ini. Tiap kali saya pump susu. Doa. Tiap kali solat. Doa. Tiap kali menyusu uwais. Doa. Doa. Dan doa. Tuhan mahq mendengar apa yang kita mahu. Kita mahu memenuhi syariat DIA suruh.  
InsyaaAllah.  Tuhan bagi. Tuhan lorong kan jalan.

Dan uwais. Tidak boleh tidak tak ada nenen sekarang. Haha.
Seolah ia nyawa. Hihi.
Saya kerja, tinggal dia dengan ayahnya. Dia muram. 
Saya balik kerja, dapat nenen. Dia boleh jadi gembira. Ber ketawa ketawi.
Hai. Uwais.....y
dan, montelnya seperti selalu. tidak lagi boleh ukur berat atas penimbang bayi. sudah habis jarum bergerak. uwais, awak sudah berat sekampit beras sepuluh kilo.




Ingin sekali saya berpesan.

Ibu dan sesiapa yang bakal ibu.
jangan putus asa.
Jangan putus asa.
Jangan putus asa. bersabarlah dan betabahlah. ada manis di hujung.

Allah ada Sebaik baik penolong. 

Tamat kisah. 

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?